Page 988 - Proceedings Collega2023
P. 988

kekurangan dalam mengaplikasikan seksyen yang ada dalam akta ini terutama berkaitan pewartaan rizab
               tanah. Kenyataan ini dinyatakan oleh seorang Informan 33 seperti berikut:



                  “Sebenarnya di Kelantan ini istimewa sebenarnya. Kerajaan negeri tidak menjadi masalah untuk
                  mewartakan tanah kepada Orang Asli. Cumanya yang pertama adalah kekangan undang-undang
                  contoh sememangnya menjadi satu kesalahan bila di rizab tanah sedia ada dibawah Akta 134. Ini
                  kerana Enakmen Tanah Kelantan 1938 menyatakan kesemua tanah di Kelantan dirizabkan dibawah
                  Tanah Rizab Melayu. “Manakala Akta 134 mula digubal pada tahun 1954. Ini menunjukkan undang-
                  undang Enakmen Tanah Kelantan lebih lama dan Akta 134 tidak boleh mengatasi enakmen tersebut.
                  Bahasa mudah untuk kita faham di Kelantan kuasa memberi hak milik dan mewarta tanah ini adalah
                  bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri. Cuma apa yang cuba dibuat oleh Kerajaan Negeri sebenarnya
                  ada keluar pekeliling hendak bagi hak milik tanah kepada Orang Asli dalam Dasar pemberian hak
                  milik 2016 tak silap saya. Tapi masalahnya sebahagian Orang Asli sendiri tak setuju diberi hak milik.
                  Sebab  yang pertamanya  jika  diberi hak  milik  tanah  itu  Orang  Asli  boleh  jual  tanah  itu. Jadi  ada
                  bantahan dalam kalangan Orang Asli dalam bab itu. Dan kami pun sependapat sebenarnya. Bukanlah
                  kami nak kata Orang Asli di Kelantan ini tidak cerdik. Tapi kita bimbang mereka ini dimanipulasi oleh
                  pihak luar yang ada kepentingan lain. Untuk makluman, tanah di Hulu Kelantan ini harga dia mahal
                  sangat sebab banyak projek yang hendak dibuat macam durian Musang King. Jadi kalau diberi hak
                  milik tanah kepada Orang Asli mungkin mudah-mudah je nak jual. Kalau jual harga tinggi okaylah,
                  yang  kita  bimbang  takut  jual  harga  rendah  sebab  kena  tipu  atau  dimanipulasi.  Yang  paling
                  membimbangkan lepas jual tanah tak kira dapat jual mahal ke murah, mari timbul masalah tidak ada
                  tanah pula nak tinggal. Jadi siapa yang nak kena hadap masalah itu kalau bukan agensi jabatan.“



               Selain itu, terdapat beberapa pengkaji menyatakan akta ini perlu dipinda dan diberi pembaharuan yang
               lebih  sesuai  dengan  situasi  pada  masa  kini.  Antara  pengkaji  tersebut  adalah  seperti  Hassan  Mat  Nor
               (1991;1996) dan Ramle et al (2020) berpandangan Akta 134 haruslah dipinda dan diberi nafas baru kepada
               Orang Asli supaya mereka diberi peluang untuk berdikari dan menentukan arah pembangunan dan masa
               depan sendiri. Akta yang dipinda perlu mempunyai semangat mendorong perubahan dan kemajuan supaya
               Orang Asli mendapat manfaat yang lebih demi meningkatkan dan memperbaiki harga diri. Selain itu, hal ini
               juga turut dipersetujui oleh Zainal Zulhilmi Zainal Abidin & Seow Ta Wee (2013) dan Hafis et al (2020)
               menjelaskan penggunaan Akta Orang Asli 134 yang pada asalnya bertujuan untuk mengelakkan komuniti ini
               terlibat dan membantu aktiviti komunis pada suatu ketika dahulu dilihat kini perlu digubal semula selepas
               negara ini telah mencapai kemerdekaan kerana sebahagian akta ini dilihat kurang sesuai untuk digunapakai
               pada  masa  kini  kerana  telah  banyak  perubahan  telah  berlaku  dalam  kehidupan  masyarakat  Orang  Asli
               semenjak  daripada  merdeka  sehingga  kini.  Seorang  Informan  2  dari  suku  kaum  Temiar  ada  memberi
               pandangan sepertimana berikut:


                  “Ye saya tahu yang kami ini dikawal dan dilindungi oleh undang-undang Orang Asli (Akta 134). Tapi
                  bagi sayalah undang-undang (Akta 134) itu seperti sudah tidak sesuai lagi untuk hari ini dan saya
                  rasa perlu dibuat baru. Sebab apa saya kata begitu sebab kami dah berjuang untuk tuntut tanah saka




               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 975 -
   983   984   985   986   987   988   989   990   991   992   993