Page 990 - Proceedings Collega2023
P. 990

Rumusan  daripada hasil dapatan  ini  menunjukkan  kesepakatan perlu  dicapai dalam  memastikan setiap
               keputusan pewartaan dapat menguntungkan kedua-dua pihak. Sekiranya ada pihak yang masih lagi berkeras
               maka tidak mustahil isu pewartaan tanah ini tidak dapat dilaksanakan dan ianya akan bertangguh lagi dan
               mungkin akan lebih merumit disebabkan pertambahan populasi Orang Asli pada masa akan datang.


               iii.  Kekurangan Aksessibiliti
               Cabaran pewartaan tanah saka suku kaum Temiar di Kelantan turut dikaitkan dengan masalah kekurangan
               aksessibiliti.  Kekurangan  aksessibiliti  melibatkan    petempatan  yang  sangat  jauh  di  pedalaman  hutan
               sehingga ada petempatan yang tiada atau kekurangan jalan perhubungan yang baik dan merupakan antara
               sebab masalah pewartaan ini lambat untuk diselesaikan. Kenyataan ini dinyatakan oleh Informan 34 seperti
               berikut:



                  “Tugas mengukur tanah rizab Orang Asli ini kita kena hadap banyak cabaran. Ini pengalaman sayalah.
                  Kami kena masuk ke setiap pos untuk pergi ukur tanah dan setiap pos itu ada banyak kampung-
                  kampung kecil dan serpihan pulak. Kalau Pos yang berdekatan dengan jalan utama cabarannya pun
                  dah teruk nak kena redah semak samun, hutan dan bukit inikan pula di pos-pos di pedalaman. Kita
                  nak kena masuk jauh ke dalam pedalaman hutan dan buat sempadan. Memang nak kena naik 4x4
                  baru boleh sampai ke pos yang kita nak ukur. Biasa kalau pergi pagi mungkin sampai petang atau
                  hampir malam. Itupun kalau jalan okay. Kalau jalan tidak okay sebab hujan tiba-tiba, kami kena
                  bermalam dulu di mana-mana dalam hutan dan esok baru sambung gerak ke kampung. Biasa kalau
                  pos di pedalaman ini kita masuk duduk lama jugalah dalam kampung Orang Asli untuk siap ukur satu-
                  satu kawasan petempatan Orang Asli ini.”



               Selain itu terdapat juga informan menyatakan petempatan mereka kekurangan aksessibiliti adalah berpunca
               daripada pewartaan tanah Orang Asli yang lambat diwartakan. Kenyataan ini dinyatakan oleh informan 8
               seperti berikut:



                  “Disebabkan  isu  pewartaan  tanah  rizab  tidak  selesailah  kami  masih  lagi  tidak  dapat  merasai
                  pembangunan yang lebih baik. Sebab apa saya kata begitu, macam mana jalan raya, eletrik, air paip
                  dan pembangunan lain hendak dibuat jika tanah yang kita tinggal ini tidak iktiraf siapa pemiliknya.
                  Bagi saya, sebab itu penting warta tanah rizab Orang Asli ini cepat-cepat supaya kami dapat manfaat
                  yang sama dengan kaum lain dalam pembangunan ekonomi dan kemudahan infrastruktur.”



               Rumusan untuk dapatan ini menunjukan pewartaan tanah ini adalah penting untuk memastikan kemudahan
               dan  pembangunan  dapat  dibina  di  setiap  petempatan  Orang  Asli  tanpa  ada  halangan.  Justeru  usaha
               pewartaan  ini  hendaklah  disegerakan  untuk  memastikan  tanah  mereka  diiktiraf  dan  Orang  Asli  dapat
               berkembang maju dan mendapat manfaat yang sama seperti kaum-kaum lain di Malaysia.





               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 977 -
   985   986   987   988   989   990   991   992   993   994   995