Page 993 - Proceedings Collega2023
P. 993
Kemudian selepas ukur kita akan hantar permohonan ke Pejabat Tanah dan Galian (PTG) untuk buat
semakan pengesahan. Disini lama kami menunggu keputusan biasanya berbulan-bulan juga. Biasa
kalau lulus tidak lamalah menunggu. Tapi sekiranya ada berlaku kesalahan ukuran atau pertindihan
dengan tanah orang lain semasa ukur itu, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) akan serah balik kepada
kita permohonan dan perlu pinda pelan itu dan suruh kita baiki dan buat ukur sempadan balik
dengan pelan baru. Setakat tanah rizab yang sudah warta sebelum ini sememangnya tidak ada
masalah pertindihan dan isu bantahan. Jadi sekira ada isu pertindihan dan isu bantahan kami
perlukan masa untuk selesaikan hal itu. Kakitangan kita pun tidak ramai, cuba bayangkan di Kelantan
kita ada lebih kurang 18 buah pos dan setiap pos itu ada banyak kampung-kampung serpihan di
dalamnya. Memang ambil masa untuk selesai. Jadi selepas kita siap baiki semua kita akan hantar
balik ke pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG). Sekiranya lulus, barulah di angkat ke lapisan atas
seterusnya untuk dibincangkan di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pula untuk beri
kelulusan boleh warta atau tidak tanah. Selepas lulus dari Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)
pula inilah baru kita isytihar status tanah ini lulus sebagai Tanah Rizab Orang Asli (TROA). Ini secara
ringkas sahaja penerangan saya, tapi hakikat sebenarnya proses pewartaan ini sememangnya perlu
ambil masa yang lama sebab banyak gerak kerja dan perbincangan yang perlu dibuat oleh Jabatan
Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) sebelum MMKN luluskan Tanah
Rizab Orang Asli (TROA).”
Rumusan daripada dapatan menunjukkan wujudnya karenah birokrasi dalam pengurusan pewartaan tanah
saka Orang Asli. Justeru, hal ini perlu diperbaiki oleh pihak pelaksana dengan mewujudkan Tatacara
Pengendalian Piawaian (SOP) yang lebih efektif dan cepat supaya proses pewartaan tanah saka Orang Asli
khususnya suku kaum Temiar dapat diselesaikan dalam tempoh yang cepat.
Kesimpulan
Kesimpulannya kajian ini adalah berkenaan cabaran pewartaan tanah saka kepada suku kaum Temiar di Gua
Musang Kelantan. Melalui kaedah kualitatif dengan teknik pengumpulan data kajian dokumen, temubual
dan pemerhatian ikut serta bersama masyarakat suku kaum Temiar menunjukan pewartaan tanah saka
mereka adalah sangat penting terutama demi kelangsungan dan kelestarian hidup suku kaum Temiar dan
generasi akan datang. Hasil kajian jelas menunjukkan wujudnya cabaran dalam usaha pewartaan tanah saka
suku kaum Temiar. Cabaran seperti perundangan, penentuan persempadanan, kekeliruan informasi,
kesukaran kerjasama, tuntutan tidak munasabah, kekangan kewangan dan karenah birokrasi perlu ditangani
oleh semua pihak. Pengkaji berpandangan, kekerapan melakukan rundingan dan perbincangan antara salah
satu jalan penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan permasalahan ini. Sekiranya kedua-dua pihak dapat
bertolak ansur, nescaya jalan penyelesaian dapat diperolehi. Melalui kajian ini juga sebahagian suku kaum
Temiar sedar bahawa tentang peri pentingnya mendapat pewartaan tanah saka demi untuk terus maju ke
hadapan seiring dengan kaum yang lain di Malaysia. Justeru, usaha pewartaan tanah rizab Orang Asli yang
sedang giat dilaksanakan diseluruh kampung Orang Asli di Kelantan adalah usah baik yang perlu diselesaikan
segera. Ini kerana tanpa pewartaan tanah saka suku kaum Temiar tidak dapat melaksanakan projek
pembangunan yang lebih baik khususnya pembangunan ekonomi. Projek pembangunan yang ingin
dilaksanakan dibawah tanah yang mendapat pengiktirafan tanah yang sah lebih mudah untuk mendapatkan
sebarang bentuk bantuan daripada pihak kerajaan. Oleh itu, sekiranya pengiktirafan tanah melalui
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 980 -

