Page 984 - Proceedings Collega2023
P. 984

dalam Akta 134 memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri untuk membatalkan kesemua atau sebahagian atau
               mengubah mana-mana perisytiharan mengenai rizab Orang Asli yang telah dibuat (Hassan Mat Nor 1996;
               Zainal Abidin Ali 2003; Zainal Zulhilmi & Seow 2013; Vijeyasri Ramesh dan Mazliza Mohamad 2017; dan
               Zainal Zulhilmi 2015). Berikutan bidang kuasa tanah adalah dibawah kuasa negeri, budi bicara, toleransi dan
               rundingan  hendaklah  diutamakan  supaya  kedua-dua  pihak  sama-sama  mendapat  manfaat  daripada
               pewartaan tanah rizab atau pembatalan sesuatu kawasan rizab Orang Asli Ramle et al (2020). Selain itu
               menurut Hassan Mat Nor (1991,1996), Zainal Zulhilmi & Seow (2013); Rohaida, et al (2013); Azima et al
               (2016)  menyatakan  salah  satu  aspek  yang  menjadi  masalah  untuk  membangunkan  Orang  Asli  dilihat
               berpunca daripada Akta 134 yang telah digubal sejak zaman penjajah sebagai satu usaha untuk melindungi
               Orang  Asli  daripada  pengaruh  permodenan  di  samping  mengalakkan  dan  mengekalkan  amalan  hidup
               tradisi. Selain itu pengkaji seperti Rachagan (2009), Hooker (1996), Rohaida, et al (2013), Azima et al (2016)
               menyatakan terdapat beberapa kelemahan yang terdapat dalam sistem perundangan negara menyebabkan
               usaha mewartakan tanah sebagai kawasan rizab Orang Asli sering bermasalah. Hal ini  kerana walaupun
               Pelembagaan Malaysia menyediakan peruntukan di bawah Artikel 8 (5) (c) tentang mewujudkan Kawasan
               Rizab Orang Asli, Namun di bawah (Jadual 9, Senarai Negeri No. 2), segala urusan yang menyangkut tanah
               adalah terletak di bawah bidang kuasa legislatif dan eksekutif sesebuah negeri (Rachagan 1990; Hooker
               1996;  Hasan  Mat Nor 1996).  Maksudnya  urusan  pentadbiran  Orang Asli  adalah  dibawah  bidang  kuasa
               Kerajaan  Persekutuan,  manakala  kuasa  mewartakan sesebuah kawasan  sebagai  Tanah  Rizab  Orang  Asli
               adalah dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri (Ramle, et al 2020). Orang Asli hanya dianggap sebagai penyewa
               (mere-tenants) terhadap tanah nenek moyang dan tiada hak milik sah diberikan kepada mereka serta hak
               Orang Asli boleh dibatalkan melalui pengambilan tanah pada bila-bila masa sahaja oleh Kerajaan Negeri
               (Noor ‘Ashikin Hamid, Noraida Harun & Nazli Ismail @ Nawang, 2011). Sehubungan itu, menurut Hasan
               (1996) Ramle (2020) dan Izzati Wook et al (2020) berpandangan Akta 134 hendaklah diberikan nafas baru
               atau  dipinda  untuk  membantu  generasi  baru  Orang  Asli  untuk  terus  berkembang  dengan  lebih  baik
               mengikut arus pembangunan semasa.


               Konflik Tanah Orang Asli dan Peribumi

               Status tanah dalam kehidupan Orang Asli memandangkan masyarakat Orang Asli sudah lama terlibat dengan
               aktiviti  pertanian,  mereka  memiliki  perspektif  tersendiri  tentang  pemilikan  tanah  yang  dikategorikan
               beberapa jenis seperti tanah saka, tanah adat dan Tanah Rizab Orang Asli (TROA) (Hasan Mat Nor 1991).
               Bagi mereka tanah adalah milik komuniti yang memberikan mereka hak untuk memburu, mengumpul dan
               mengusahakannya dan tidak memilikinya secara peribadi dan mewariskannya juga secara peribadi kepada
               anak-anak (Carey, 1976; Dentan, 1968). Hak terhadap tanah adalah sangat penting kerana majoriti Orang
               Asli  yang  terdapat  di  seluruh  dunia  masih  lagi  mengamalkan  cara  kehidupan  tradisional  yang  sangat
               bergantung kepada sumber alam semulajadi yang terdapat di persekitaran mereka (Zainal Zulhilmi Zainal
               Abidin & Seow Ta Wee, 2013).


               Akibat pemilikan tanah saka yang tiada pengiktirafan oleh undang-undang, maka pemilik tanah saka akan
               lebih  terdedah  kepada  risiko  konflik  pengambilan  balik  tanah.  Menurut  Noor  Ashikin  et.  al  (2011),  isu
               pengambilan tanah saka merupakan salah satu ancaman dan kebimbangan kepada masyarakat Orang Asli
               dan peribumi. Hal ini disebakan dalam undang-undang Malaysia hak-hak komuniti Orang Asli dan peribumi
               terhadap tanah tidak digubal secara formal (Azima Abdul Manaf et al, 2015). Sebaliknya, Kanun Tanah


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 971 -
   979   980   981   982   983   984   985   986   987   988   989