Page 983 - Proceedings Collega2023
P. 983

tempat tinggal, kepercayaan, makanan, peralatan, perubatan dan pendapatan (Hairulnizam 2019). Menurut
               Ramle (2014) menyatakan Orang Asli adalah satu masyarakat yang bergantung hidup kepada hutan dan
               menjalani  kegiatan  ekonomi  berkisar  kepada  persekitaran  semula  jadi  seperti  mengumpul  hasil  hutan,
               memburu dan pertanian pindah. Manakala menurut Rambo (1979) dan Carey (1976) majoriti masyarakat
               Orang Asli di kawasan pendalaman menjadikan hubungan yang rapat dengan persekitaran alam semula jadi
               sebagai asas kepada kehidupan mereka.



               Menurut  Ramle  (2014)  lagi  kebergantungan  kepada  alam  semula  jadi  dalam  masyarakat  Orang  Asli
               khususnya suku kaum Semaq Beri boleh dikategorikan kepada tiga aktiviti ekonomi iaitu berasaskan hutan
               rimba,  sungai  dan  tanah  pertanian.  Manakala  Endicott  (1979)  pula  menyatakan  hubungan  Orang  Asli
               khususnya suku kaum Bateq dengan alam semula jadi ini sangat berkait dengan setiap aktiviti kehidupan
               mereka  terutama  berkaitan  dengan  kepercayaan  dan  sumber  keperluan  harian  terutama  aktiviti
               mengumpul dan memburu. Kajian Gomes (1986) dan Dentan (1968) juga cenderung menunjukkan kaitan
               yang rapat antara aktiviti ekonomi Orang Asli suku kaum Semai dengan tanah. Dijelaskan bahawa suku kaum
               Semai menjalani pelbagai aktiviti ekonomi dalam kawasan hutan di sekitar petempatan seperti mencari
               rotan, gaharu dan buah-buahan. Orang Asli terutama lelaki menjadikan hasil tanah untuk memperolehi
               sumber pendapatan seperti gaharu, rotan, padi huma dan produk hutan untuk menyara keluarga. Begitu
               juga dengan suku kaum Temiar, menurut Hasan Mat Nor (1996) dan Ramle et al (2020) menjelaskan tanah
               merupakan sumber yang sangat penting kepada kehidupan Orang Asli bukan sahaja sebagai petempatan,
               tetapi kerana punca utama kehidupan mereka yang kini tidak lagi bergantung kepada mengumpul hasil
               hutan semata-mata sebaliknya kini mereka sangat bergantung kepada pertanian khususnya tanaman getah.
               Pekerjaan dengan mengusahakan tanah pertanian kini antara pekerjaan utama bagi masyarakat Orang Asli
               khususnya  suku  kaum  Temiar  untuk  mendapatkan  sumber  pendapatan  utama,  manakala  pekerjaan
               mengumpul hasil hutan merupakan pekerjaan sampingan bagi menambah pendapatan Ramle et al (2020).



               Jelasnya penulisan dalam konteks hubungan sinonim masyarakat Orang Asli dengan tanah sehingga kini
               bukan sesuatu yang baru dan sehingga kini kebergantungan tersebut masih lagi wujud dan tinggi. Cuma
               beberapa perubahan aktiviti bagi sebahagian kaum Orang Asli yang mungkin dahulunya mengfokuskan
               kepada aktiviti mengumpul dan memburu di hutan tetapi sekarang sudah mengfokuskan kepada pertanian
               komersial di atas tanah saka atau tanah yang baru diteroka. Sehubungan itu, perhubungan Orang Asli dan
               tanah ini dilihat sangat rapat dan ini menunjukkan bahawa tanah merupakan elemen penting dalam hidup
               Orang  Asli. Sekiranya hak mereka  kepada  tanah  dinafikan  maka  kehidupan  Orang  Asli  akan  dibelenggu
               masalah terutama kemiskinan dan pengiktirafan identiti.



               Akta Orang Asli 1954 Semakan 1974

               Menurut Hasan Mat Nor (1996), Zainal Abidin Ali (2003), Zainal Zulhilmi & Seow (2013) Vijeyasri Ramesh
               dan Mazliza Mohamad (2017), dan Zainal Zulhilmi (2015) menyatakan budi bicara mewartakan kawasan
               Orang Asli sebagai kawasan rizab terletak pada bidang kuasa Kerajaan Negeri seperti yang termaktub dalam
               perkara 7(1) Akta 134. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri hendaklah memainkan peranan dalam mewartakan
               tanah saka Orang Asli supaya kelestarian dan hak Orang Asli terpelihara. Selain itu juga, dalam Perkara 7(3)



               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 970 -
   978   979   980   981   982   983   984   985   986   987   988