Page 991 - Proceedings Collega2023
P. 991

iv.  Kekangan Kewangan
               Pengurusan tadbir tanah Orang Asli di Malaysia diurus tadbir oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli dibawah
               kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Berdasarkan hasil kajian mendapati dalam urus tadbir tanah
               Orang Asli di Malaysia terdapat kekangan kewangan oleh pihak agensi dalam melaksanakan pewartaan
               tanah Orang Asli termasuklah suku kaum Temiar. Kenyataan ini dinyatakan oleh seorang Informan 33 seperti
               berikut:



                  “Sebenarnya, isu pewartaan tanah Orang Asli bermasalah antara sebab utamanya adalah disebabkan
                  kekangan kewangan. Urusan pewartaan ini melibatkan banyak kawasan yang perlu diukur. Urusan
                  pengukuran tanah ini pihak jabatan perlu bayar kepada juruukur setiap kerja-kerja ukur di mana-
                  mana kampung Orang Asli yang hendak di warta. Sebab kos ukur ini adalah melibatkan kos yang
                  tinggi. Biasanya kos untuk ukur satu-satu kampung dalam RM500,000 hingga RM1,000000 itu kalau
                  ukur ikut pekeliling hak miliklah. Tapi disebabkan banyak bantahan tak nak hak milik sebab banyak
                  masalah Orang Asli di Kelantan lebih berminat untuk ukur parameter iaitu lebih pada rizab. Kalau
                  ukur parameter ini murah sikitlah berbanding ukur halus (lot) ini. Jadi kita ukur parameter (keliling)
                  untuk pewartaan rizab. Jadi kalau ikut yang Kerajaan Negeri nak buat bagi hak milik memang kena
                  ukur halus (lot) yang sememangnya kos lagi mahal.”



               Selain itu, hasil kajian juga menunjukan kekangan kewangan ini juga melibatkan Orang Asli sendiri yang
               mana untuk menjelaskan bayaran premium tanah dan cukai tanah sekiranya mereka diberi tanah hak milik.
               Kenyataan ini turut dinyatakan Informan 32 yang menyatakan seperti berikut:



                  “Yang  kedua  kenapa  tidak  memberi  milik  melibatkan  pembayaran  premium,  sesiapa  yang  nak
                  dapatkan tanah dia kena bayar premium masa nak dapat tanah bila dah dapat hak milik dia masih
                  lagi  kena  bayar  cukai  tanah.  Sebab  sumber  kerajaan  negeri  hasil  daripada  cukai  tanah.  Pergi
                  manapun dalam negeri di semenanjung Malaysia ini, sumber pendapatan negeri antaranya adalah
                  cukai tanah. Jadi kalau kita nak kaitkan dengan kehidupan Orang Asli ini, adakah dia mampu nak
                  bayar semua itu. Kita tengok komitmen yang sekarang inilah yang mereka perlu tanggung macam bil
                  eletrik, kami pun tak pastilah mereka sememangnya betul-betul tidak mampu nak bayar ke atau
                  memang tidak mahu bayar. Tapi isunya jika kita beri hak milik tanah siapa yang nak bayar cukai tanah
                  itu nanti.”


               Rumusan daripada dapatan ini menunjukan agensi pelaksana berhadapan dengan peruntukan yang tidak
               banyak  untuk  mewartakan  tanah  dalam  tempoh  yang  singkat  kerana  perlu  melalui  banyak  proses
               pelaksanana. Oleh itu, untuk kekangan kewangan ini kedua-dua pihak hendaklah sama-sama berganding
               bahu untuk sama-sama memikul beban bagi mengatasi isu ini secara bersama.



               v.  Ketidakstabilan Politik




               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 978 -
   986   987   988   989   990   991   992   993   994   995   996