Page 987 - Proceedings Collega2023
P. 987
fenomena yang dikaji. Pengkaji mengambil tempoh selama 12 bulan untuk melengkapkan proses kerja
lapangan.
Menurut Creswell (2000), etnografi merupakan bentuk kajian kualitatif untuk menerangkan, menganalisa
dan menginterpretasi bentuk "culture-sharing" sesuatu kumpulan atau komuniti seperti tingkah laku,
kepercayaan, bahasa, ekonomi, struktur politik, interaksi, kehidupan dan gaya dalam perhubungan. Justeru,
pendekatan etnografi ini sangat membantu pengkaji dalam memberi gambaran sebenar tentang cabaran
yang dihadapi oleh suku kaum Temiar. Pengkaji telah meluangkan masa di lapangan bagi melaksanakan
aktiviti berinteraksi dan menemubual, memerhati serta dalam aktiviti mereka dan mendokumentasi dengan
terperinci bagi mendapat maklumat tepat serta memahaminya. Tujuan utama melaksanakan kerja lapangan
adalah untuk mendapatkan data primer sebagai data utama, manakala data sekunder pula dikumpul melalui
pelbagai dokumen sebagai sokongan kepada data primer. Sepanjang kerja lapangan dilaksanakan
pendekatan etnografi digunakan sebagai satu proses untuk mengumpul data daripada beberapa individu
penduduk kampung yang terdiri daripada penghulu, pengerusi JPKKOA, ahli JPKKOA, pegawai JAKOA, guru
PENGERAK, Guru Agama Orang Asli (GAOA), dan beberapa orang penduduk setempat. Seramai 37 orang
informan yang terlibat dalam perkongsian maklumat dalam kajian ini.
Sepanjang kajian dijalankan data berjaya dikumpul melalui teknik temu bual, dan pemerhatian ikut serta.
Teknik temu bual adalah merupakan teknik pengumpulan data utama dalam kajian ini. Melalui teknik ini,
pengkaji telah melaksanakan banyak siri temu bual bersama masyarakat setempat khususnya melibatkan
pemimpin setempat terutama Penghulu, Pengerusi JPKKOA, penduduk tempatan (golongan tua) dan agensi
pelaksana. Melalui teknik ini, pengkaji memperolehi maklumat secara terperinci berkaitan cabaran
pewartaan tanah saka dalam suku kaum Temiar. Pengkaji juga mengumpul data dengan teknik pemerhatian
ikut serta. Sepanjang kajian pengkaji telah memerhati dan menyertai aktiviti seperti kegiatan ekonomi dan
kegiatan harian masyarakat setempat bagi tujuan memperolehi data yang terperinci dan tepat. Teknik
pengumpulan data melalui analisis dokumen juga turut digunakan bagi membantu pengkaji dalam memberi
gambaran dan pemahaman awal terhadap isu yang sedang dikaji. Maklumat yang diperolehi melalui temu
bual dan pemerhatian ikut serta adalah merupakan maklumat asas kepada kajian ini. Semua maklumat yang
dikumpul sama ada melalui tiga teknik tersebut akan di analisis bagi memperoleh gambaran lengkap tenang
fenomena yang dikaji. Data tersebut akan dianalisis menggunakan perisian NViVO 12 dengan melalui
beberapa proses iaitu, transkripsi, organisasi data, pelaziman, tema, koding, trangulasi dan laporan.
Dapatan Kajian
Hasil kajian menunjukan terdapat beberapa kekangan dan cabaran yang dihadapi proses pewartaan tanah
rizab Orang Asli suku kaum Temiar di Kelantan. Dapatan tersebut adalah seperti berikut:
i. Perundangan
Berdasarkan kajian dokumen menunjukkan proses perwartaan tanah Orang Asli telah digubal di dalam Akta
134 pada tahun 1954 dan disemak pada 1974. Semenjak diwujudkan akta ini dilihat wujudnya beberapa
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 974 -

