Page 986 - Proceedings Collega2023
P. 986
suku kaum Temiar bukan satu isu yang baru bermula. Isu ini sebenarnya telah bermula pada awal tahun
2000 sehingga kini belum lagi selesai. Di Kelantan terdapat 119 kampung Orang Asli yang terdiri daripada
suku kaum Temiar, Bateq, Mendriq dan Jahai yang perlu diwartakan. Namun berdasarkan data JAKOA (2019)
sebanyak 15 buah kampung telah diwartakan dibawah Kanun Tanah Negeri (KTN), 22 buah kampung baru
sahaja diluluskan untuk diwartakan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), 56 kampung masih lagi
dalam permohonan dan 30 kampung lagi belum diangkat permohonan. Disini menunjukkan proses
pewartaan yang dilaksanakan agak lambat dan mengambil masa yang sangat lama. Sehubungan dengan itu,
pengkaji mendapati terdapat kekangan dan cabaran di pihak agensi pelaksana mahupun kaum Orang Asli
khususnya suku kaum Temiar untuk menyelesaikan masalah ini. Berikut adalah peta lokasi petempatan
kaum Orang Asli diseluruh negeri Kelantan.
Rajah 1: Peta Petempatan Orang Asli di Kelantan
Sumber: Ramle (2020)
Metod Kajian
Kajian ini akan membincangakan tentang cabara pewartaan tanah saka suku kaum Temiar di Kelantan. Bagi
menjelaskan isu berkenaan satu kaedah telah dipilih untuk pengkaji mendapatkan data iaitu dengan
menggunakan kaedah kualitatif. Penggunaan kaedah kajian kualitatif dalam kajian ini begitu sesuai kerana
membantu pengkaji memperoleh data secara menyeluruh, lebih tepat, jelas dan membolehkan pengkaji
membuat deskriptif berhubung aspek-aspek yang dikaji (Ramle, 2001). Pendekatan etnografi yang
memerlukan kerja lapangan dalam satu tempoh yang agak panjang diperlukan dalam usaha untuk
memahami dan meneroka situasi yang sebenar supaya mendapat gambaran yang jelas berhubung
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 973 -

