Page 982 - Proceedings Collega2023
P. 982

Masyarakat peribumi Orang Asli di Semenanjung Malaysia boleh terbahagi kepada tiga kaum utama iaitu;
               Negrito, Senoi dan Melayu Proto (JAKOA, 2022). Setiap kaum ini mempunyai enam suku kaum; bagi kaum
               Negrito terdiri daripada suku kaum Batek, Lanoh, Jahai, Medrik, Kintak dan Kinsui. Manakala bagi kaum
               Senoi terdiri daripada suku kaum Temiar, Semai, Semaq Beri, Jah-Het, Mah Meri dan Che Wong Ramle
               (2014). Seterusnya kaum Melayu Proto pula terdiri daripada suku kaum Jakun, Semelai, Temuan, Orang
               Kanak, Orang Seletar dan Orang Kuala (Carey, 1976). Menurut Jabatan Kemajuan Orang Asli JAKOA (2022)
               jumlah  keseluruhan  masyarakat  Orang  Asli  di  Semenanjung  Malaysia  sehingga  tahun  2022  berjumlah
               209,575.  Komposisi  penduduk  mengikut  kaum  adalah,  kaum  Negrito  seramai    6,322  orang  (3.02%),
               kumpulan  kaum  Senoi  seramai  115,712  orang  (55.21%),  dan  kumpulan  kaum  Melayu  Proto  seramai
               87,541orang (41.77%). Keseluruhan mereka tinggal di 852 buah perkampungan Orang Asli di seluruh negeri
               di Semenanjung Malaysia kecuali Pulau Pinang dan Perlis (JAKOA, 2022). Namun, perangkaan pada tahun
               2022  menunjukkan  jumlah  penduduk  telah  bertambah  daripada  tahun  sebelumnya.  Secara  ringkasnya
               kaum dan suku kaum Orang Asli di Malaysia dapat ditunjukkan melalui Jadual 1.



               Jadual 1: Kaum dan  Populasi Orang Asli di Malaysia


                                                     Kaum                           Jumlah
                                    Negrito          Senoi        Melayu Proto
                                                                                   209,575
                                    6,322           115,712         87,541


               Sumber: JAKOA (2022)



               Tanah dan Orang Asli

               Tanah  dan  Orang  Asli  merupakan  suatu  yang  saling  berkait  dengan  kehidupan  masyarakat  Orang  Asli.
               Menurut Ramle (2014) perhubungan Orang Asli dengan alam semula jadi dan tanah adalah sangat penting
               terutama dari aspek signifikan dan pergantungan hidup mereka. Sehingga kini terdapat beberapa pengkaji
               yang  telah  membincangkan  isu  pergantungan  masyarakat  berkenaan  dengan  persekitaran  semula  jadi
               terutama  tanah  dan  hutan  yang  menjadi  latar  belakang  sebahagian  besar  petempatan  Orang  Asli.
               Kehidupan Orang Asli tidak dapat dipisahkan dengan alam semula jadi, di mana hubungan erat yang terjalin
               sejak  beratus  tahun  lalu  membolehkan  Orang  Asli  terus  hidup  dalam  lingkungan  yang  harmoni  dan
               menghormati alam semula jadi (Sahar Sa’di, 2020).



               Menurut  Iqbal  Jumaat  (2020)  menyatakan  manusia  dan  alam  semula  jadi  saling  berkait  rapat,  kerana
               dengan  sumber  alam  semula  jadi  inilah  manusia  mampu  untuk  meneruskan  kehidupan  pada  hari  ini.
               Seandainya, sumber alam semula jadi musnah kerana tindakan manusia yang tidak bertanggugjawab, ia
               akan memberi bencana yang buruk kepada kehidupan manusia Nik Nidzam (2020). Hubungan yang rapat
               ini dapat digambarkan dalam suku kaum Orang Asli di Malaysia. Perhubungan Orang Asli dan alam semula
               jadi adalah begitu sinonim kerana sejak dari dahulu masyarakat ini menetap dan menjalani kehidupan di
               hutan  dan  menggunakan  tanah  untuk    dijadikan  tempat  tinggal  dan  kawasan  pencarian  makanan,
               pendapatan dan pertanian bagi meneruskan hidup. Perhubungan ini merangkumi beberapa elemen iaitu


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 969 -
   977   978   979   980   981   982   983   984   985   986   987