Page 818 - Proceedings Collega2023
P. 818
Rajah 2: Kuih Getas-Getas
Kuih Kole Kacang
Kuih kole kacang merupakan kuih yang dihasilkan melalui proses mengukus bahagian kuih dan
memanaskan santan sehingga kering untuk membentuk tahi minyak. Proses yang dilakukan adalah
berperingkat bagi menghasilkan kuih dan tahi minyak yang akan ditaburkan di atas kuih. Pada peringkat
pertama, gula melaka, gula merah, gula pasir dan daun pandan dipanaskan sehingga mendidih. Peringkat
kedua merupakan proses menghasilkan tahi minyak, iaitu memasak santan kelapa sehingga kering. Santan
kelapa yang telah kering akan menjadi tahi minyak dan mengeluarkan minyak di dalam kuali. Minyak ini
akan disapukan di atas permukaan kuih sebelum menabur tahi minyak tersebut. Proses ketiga pula
melibatkan proses mencampurkan tepung kacang hijau dengan gula yang telah didihkan dan dibiarkan
sejuk. Proses ini juga mengambil masa yang agak lama kerana campuran ini perlu dimasak di atas api
sehingga masak. Seterusnya, adunan yang telah likat dimasukkan di dalam bekas plastik atau loyang dan
dibiarkan sejuk. Minyak yang terhasil daripada tahi minyak akan disapukan di atas permukaan kuih dan
tahi minyak ditaburkan di atas permukaan kuih. Kuih kole kacang yang telah siap boleh dipotong untuk
dihidangkan. Rajah 3 menunjukkan kuih kole kacang, iaitu:
Rajah 3: Kuih Kole Kacang
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 805 -

