Page 815 - Proceedings Collega2023
P. 815

Kuih muih juga menggambarkan identiti budaya yang tersurat dan tersirat melalui warisan turun
               temurun yang amat tinggi nilainya. Pembuatan kuih muih amat berkait rapat dengan sesuatu upacara
               seperti keramaian, kenduri kendara, kelahiran dan sebagainya (Bungsu et al., 2019). Etnik Brunei yang
               tinggal di Sabah mempunyai keunikan dan identiti sendiri yang diterjemahkan melalui penghasilan kuih-
               muih tradisional seperti kalupis, wajit, jalurut, tilapam, bikang, ketupat lapas  dan tapai. Penggunaan
               bahan-bahan asas seperti tepung beras, tepung gandum, beras pulut, santan, ragi dan lain-lain bahan
               menghasilkan kuih-muih yang unik. Kearifan tempatan yang dimiliki oleh kaum wanita dan lelaki yang
               berumur dalam kalangan masyarakat tersebut turut membantu kepada penghasilan kuih-muih secara
               tradisional. Penggunaan daun dan pucuk seperti pucuk nipah, daun pisang dan daun keladi yang didapati
               daripada persekitaran hutan paya bakau menjadikan pembungkusan kuih mempunyai rasa yang berbeza
               antara satu sama lain. Pada masa yang sama, penghasilan bentuk kuih juga diadaptasi daripada gaya
               hidup, pekerjaan dan adaptasi bentuk flora serta fauna yang wujud di persekitaran masyarakat tersebut.
               Contohnya, bentuk sampan digunakan bagi menghasilkan kuih tilapam dan bentuk siput sedut untuk
               menghasilkan kuih jalurut. Pembungkusan bentuk tiga segi bagi tapai nasi pula merujuk kepada bentuk
               lokan. Pada masa yang sama, penghasilan kuih-muih ini diperturunkan daripada satu generasi kepada satu
               generasi lain bagi mengekalkan rasa, bentuk dan fungsinya. Pengekalan resipi dan cara pembuatan yang
               sama dengan resipi asal menunjukkan pengekalan identiti dan kearifan masyarakat walaupun terdapat
               perubahan dalam kepercayaan dan akidah, perkahwinan campur dan perkembangan teknologi semasa.

                       Di  samping  itu,  penggunaan  bahan-bahan  tempatan  dan  kaedah  memasak secara  tradisional
               mencerminkan ciri-ciri kuih-muih tradisional yang dihasilkan di Mersing, Johor (Kamaruzzaman, 2022).
               Penggunaan bahan-bahan tempatan seperti daun pandan, daun pisang, kelapa dan pisang yang mudah
               didapati di persekitaran rumah dijadikan bahan utama dalam penghasilan kuih-muih tradisional. Bahan-
               bahan tersebut mempunyai pelbagai fungsi seperti pewarna makanan semula jadi, bahan meningkatkan
               aroma, pembungkus, dan memberikan rasa  lemak kepada kuih. Penggunaan  teknik memasak seperti
               membakar, menggoreng, merebus dan mengukus yang ringkas membezakan kuih-muih tempatan dengan
               kuih Barat yang menggunakan teknik membakar di dalam ketuhar.
                       Persaingan dengan  kuih-muih  moden dari  Barat menjadikan kuih  tradisional Melayu semakin
               terpinggir. Inovasi dalam pembuatan kuih tradisional juga dilakukan oleh pengusaha bagi memastikannya
               tidak dilupakan (Che Mohd Dahan et al., 2021). Pembuatan kuih baulu, misalnya telah dipelbagaikan jenis,
               bentuk  dan  rasanya  bagi  memastikan permintaan  pelanggan  dapat  dipenuhi.  Kuih  baulu  disesuaikan
               dengan bentuk flora dan fauna seperti bunga, kerang, cermai dan ikan. Kepakaran pengusaha dalam
               penghasilan  baulu  dapat  menghasilkan  baulu  yang  mempunyai  tekstur  yang  lembut  dan  tidak  keras
               semasa dimakan. Pengusaha kuih baulu turut berusaha menjadikan reka bentuk kuih tersebut sebaris
               dengan produk antarabangsa. Bagi memastikan generasi muda tertarik dengan kuih baulu, penggunaan
               warna, hiasan dan rasa juga dipelbagaikan mengikut perubahan zaman. Penggunaan laman sosial sebagai
               medium pemasaran juga membantu perniagaan kuih tradisional dikenali di dalam dan luar negara.

                       Kuih  tradisional  masyarakat  Kedah,  iaitu  kuih  dangai  mempunyai  rasa  dan  keunikan  yang
               tersendiri, sama ada daripada aspek pembuatan, bahan yang digunakan, rasa dan alatan yang digunakan.
               Bahan-bahan semula jadi digunakan seperti tepung pulut, kelapa parut, gula dan garam. Walaupun bahan-
               bahan  ini  mudah  didapati,  kelapa  perlu  dipilih  berdasarkan  beberapa  kriteria  tertentu.  Kelapa  yang
               digunakan bagi menghasilkan kuih dangai ialah kelapa muda atau separuh tua. Penggunaan kelapa tua
               boleh mengakibatkan tekstur dan rasa kuih dangai tidak sempurna. Pengeringan kelapa juga perlu dibuat
               bagi memastikan kelapa tersebut tidak berair. Kelapa yang berair atau lembap akan menjadikan kuih


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 802 -
   810   811   812   813   814   815   816   817   818   819   820