Page 817 - Proceedings Collega2023
P. 817

Rajah 1: Kuih Abok-Abok

               Kuih Getas-Getas

                       Kuih getas-getas merupakan kuih yang dihasilkan melalui proses menggoreng di dalam minyak
               yang banyak dan disira dengan air gula. Bahan asas yang digunakan  bagi menghasilkan kuih ini  ialah
               tepung pulut, tepung gandum, kelapa parut, santan segar, gula kasar, garam, minyak, nasi sejuk dan
               sedikit air. Tujuan nasi ditambah ialah bagi memastikan kuih tidak liat ketika dimakan walaupun telah
               sejuk. Semua bahan-bahan (kecuali minyak dan gula kasar) dicampurkan dan diuli sehingga boleh dikepal.
               Santan segar dimasukkan sedikit demi sedikit bagi mengelakkan adunan menjadi terlalu lembik. Adunan
               yang  boleh  dikepal  dipecahkan  kepada  beberapa  bahagian  bagi  memudahkan  proses  menguli  dan
               mencetak kepada bentuk bulat. Kuih yang telah siap dibentuk akan digoreng dalam minyak panas. Apabila
               kuih  telah  bertukar  warna  kepada  kuning  keemasan,  kuih  diangkat  dan  dituskan  minyaknya.  Proses
               menyira dilakukan dengan memanaskan gula putih dengan air. Sebelum proses menyira dilakukan, kuali
               yang digunakan perlulah bersih, tidak berminyak dan bebas bau. Jika perkara ini tidak diikuti, proses
               menyira berkemungkinan tidak berjaya kerana gula dan air tidak dapat bercampur. Kuih getas-getas boleh
               dimasukkan  ke  dalam  air  gula  selepas  tekstur  air  gula  menjadi  likat.  Kuih  boleh  diangkat  setelah
               permukaan  kuih  bersalut  gula  yang  tebal.  Kuih  getas-getas  juga  dileraikan  satu  demi  satu  sebelum
               dikeluarkan daripada kuali. Kuih getas-getas juga tidak boleh ditutup semasa panas untuk mengelakkan
               gula yang menyaluti kuih cair. Rajah 2 menunjukkan kuih getas-getas, iaitu:



























               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 804 -
   812   813   814   815   816   817   818   819   820   821   822