Page 823 - Proceedings Collega2023
P. 823
“Orang dulu-dulu guna cawan. Sukat dengan cawan minum teh. Boleh je guna
cawan atau mangkuk. Cuma kalau guna mangkuk, dia punya sukatan lebih, lagi
besar mangkuk lagi banyak bahan kita guna. Tapi konsisten, kalau guna cawan,
semua sukat guna cawan. Akan hasilkan lebih kuih kalau guna mangkuk. Kalau nak
senang, satu cawan tepung, dua cawan santan, tiga cawan air dan dua cawan
gula. Kalau nak kurang manis, letak satu setengah cawan gula” (Informan 2).
Kearifan Dalam Kreativiti Dan Inovasi
Pengusaha kuih-muih tempatan dalam menghasilkan produk yang bermutu merupakan kearifan
tempatan yang perlu dititikberatkan. Kreativiti yang dimiliki oleh informan 1 dalam menghasilkan
pembalut kuih dan inti dalam menghasilkan kuih abuk-abuk serta bentuk kuih getas-getas menjadikan
penghasilan kuih ini lebih mudah. Informan 1 menyatakan bahawa beliau telah menukar bentuk balutan
daun pisang semasa penghasilan kuih abok-abok bagi menjimatkan masa. Balutan daun pisang bagi kuih
tradisional tersebut berbentuk kon aiskrim yang mempunyai hujung tirus dan bertapak. Walau
bagaimanapun, bentuk tersebut telah ditukarkan kepada lipatan seperti pembungkusan tapai. Informan
menyatakan bahawa kesukaran mendapatkan lidi kelapa sawit untuk menutup bahagian bawah
kelongsong menyebabkan beliau memilih alternatif lain. Lidi-lidi kelapa sawit perlu diraut sehingga bersih
dan dipotong secara menyerong supaya tajam. Penggunaan pencungkil gigi bukanlah alternatif terbaik
kerana sifatnya yang lebih lembut dan mudah patah. Selain itu, kaedah pembungkusan seperti tapai
dikatakan lebih kemas dan tidak mudah terbuka ketika dikukus. Hujung daun pisang akan digunting bagi
memastikan ukurannya sama. Pada masa yang sama, bungkusan kuih tersebut dikemaskan dengan
menggunakan stapler. Tujuannya supaya balutan tersebut lebih kukuh dan menjimatkan masa untuk
disiapkan. Informan juga menyatakan bahawa bentuk kuih abok-abok diubah bagi memastikan inti kuih
berada di tengah-tengah kuih. Rasa manis inti kuih abok-abok memenuhi keseluruhan kuih. Jika
dibandingkan dengan kelongsong yang berbentuk kon, bahagian atas kon merupakan sagu sahaja dan
rasa manis inti tidak memenuhi bahagian atas kon semasa dikukus. Bahagian atas kon yang tidak
mempunyai inti biasanya tidak dimakan dan menyebabkan pembaziran. Situasi ini dinyatakan oleh
informan 1, iaitu:
“Untuk kemaskan, bagi cantik. Kalau dulu orang guna lidi untuk tutup kuih ni.
Sekarang semua nak cepat. Tutup guna stapler. Zaman sekarang susah
hendak jumpa lidi kelapa sawit. Lagi-lagi duduk taman macam ni. Leceh
lambat guna lidi ni. Kalau nak guna lidi juga, kena ambil dan raut lidi kelapa
sawit tu bagi bersih. Lepas tu, potong serong bagi tajam. Pencungkil gigi
lembut sangat. Kalau buat pulut panggang pun cik pakai stapler tutup daun
pisang” (Informan 1).
“Makcik lebih suka bungkus macam tapai ni. Intinya kita dapat rasa pada
keseluruhan kuih. Kalau pakai kelongsong kon, atasnya tak rasa inti. Kadang-
kadang orang tak makan bahagian atas tu, membazir. Balutan macam ni
lebih cepat disiapkan, lagi-lagi kalau buat kuih ni untuk meniaga” (Informan
1).
Selain itu, penggunaan dua jenis inti juga dihasilkan bagi menghasilkan rasa manis dan
mencantikkan kuih abok-abok. Penghasilan inti ini berbeza dengan resipi asal yang hanya menggunakan
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 810 -

