Page 801 - Proceedings Collega2023
P. 801
juga singgah di pantai timurnya yang lebih dekat kerana dikatakan pelayaran dari Kedah Tua menujunya
hanya mengambil masa selama dua hari sahaja. Berkenaan kapur, ilmuan Arab silam ada membuat telahan
bahawa semakin banyak gegaran gempa bumi dan guruh yang melanda, semakin elok penghasilan pokok
kapur dari segi kuantiti dan kualiti (Ibn Khurdādhbih, 2014; al-Gharnāṭiy, 2013; Ibn al-Bayṭār al-`Andalusiy,
2001; T.n., 1999). Tidak mustahil, pedagang-pedagang Arab dan selainnya yang singgah di Kedah Tua turut
memperdagangkan komoditi tempat persinggahan lain yang mereka bawa. Secara kasarnya, lokasi yang
dipercayai menghasilkan komoditi untuk dipasarkan di Kedah Tua ialah al-Qāqulah di Semenanjung Tanah
Melayu, Khmer dan Champa di Indochina, Bārūs di Sumatera, Shalāhiṭ dan kawasan kepulauan yang
dipercayai terletak di selatan sebagaimana di paparkan pada Peta 1 di bawah:
Peta 1
Jaringan pembekalan bahan ke Kedah Tua pada kurun ke-3H dan ke-4H.
Sumber: Analisis pengkaji.
Sebagaimana yang dipaparkan pada Peta 1, jaringan pembekalan bahan ke Kedah Tua terbatas
kepada al-Qāqulah (Tanah Seri) di utara Semenanjung Tanah Melayu, Qāmirūn (Khmer) dan al-Ṣanf
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 788 -

