Page 805 - Proceedings Collega2023
P. 805

Sumber: Analisis pengkaji


                        Sebagaimana yang dipaparkan pada Peta 2, jaringan eksport Kedah Tua bagi komoditinya pada
               sebelah timur sampai ke China. Manakala pada sebelah baratnya lebih melebar merentasi Sirindib, Asia
               Barat, Afrika Utara dan Eropah


               Kesimpulan



               Kajian ini telah cuba mengupas penditilan jaringan perdagangan Kedah Tua pada kurun ke-3H dan ke-4H
               melalui petikan teks komoditi di pasarannya dalam kitab Riḥlat al-Sῑrāfiy yang menyebutnya. Berdasarkan
               keupayaan kajian menterjemah teks tersebut, dapat dikenalpasti bahawa komoditi yang disebut secara
               jelas ialah gaharu, kapur, cendana, gading, timah, kayu hitam dan kayu sepang. Kemudian, berdasarkan
               sumber-sumber lain yang dirujuk untuk mengetahui dengan lebih ditil tentang komoditi tersebut, kajian
               ini dapat mengumpul maklumat tentangnya. Kebanyakan komoditi tersebut adalah dari kekayaan bumi
               Kedah Tua. Memandangkan gaharu adalah daripada pelbagai jenis, maka kemungkinan besar gaharu dari
               tempat lain juga dipasarkan di Kedah. Manakala cendana diketahui juga sebagai antara keluaran Shalāhiṭ,
               dan kewujudannya di pasaran Kedah diandaikan terjadi kerana dibawa dari sana ke pasaran Kedah Tua
               yang  lebih  besar.  Kayu  sepang  yang  lebih  tersohor  ialah  dari  bahagian  selatan  Nusantara  yang  tidak
               dinamakan. Kemungkinan besar ia dipasarkan juga di Kedah Tua bersama kayu sepang tempatan sebagai
               bentuk kepelbagaian yang kebiasaannya diamalkan di pasaran antarabangsa.

                        Komoditi-komoditi tersebut didapati telah lama dikenali dan digunakan oleh masyarakat Arab
               berdasarkan teks syair, nas Islam dan teks-teks klasik yang lain. Bahkan komuniti Parsi dan Greek juga telah
               menggunakannya. Kurun ke-3H dan ke-4H yang menjadi fokus kajian, menyaksikan penerimaan komuniti
               dunia  terhadap  komoditi  yang  dipasarkan  di  Kedah  Tua.  Melihat  kepada  jaringan  pembekalan  bahan
               daripada wilayah luar, ia menerima produk gaharu daripada Tanah Seri yang terletak di utaranya serta


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 792 -
   800   801   802   803   804   805   806   807   808   809   810