Page 806 - Proceedings Collega2023
P. 806

Khmer dan Champa di Indochina. Manakala Shalāhiṭ yang terletak di selatan Nusantara membekalkan kayu
               cendana. Demikian juga dengan bahagian selatan Nusantara yang dipercayai membekalkan kayu sepang.

                        Jaringan eksport Kedah Tua didapati lebih luas, yang mana dari sebelah timur gaharu, kapur dan
               kayu sepang mendapat pasaran di China. Menghala ke barat pula, lokasi perdagangan adalah lebih banyak
               kerana ia merentasi Asia Selatan, Asia Barat, Afrika Utara dan Eropah. Lokasi utama yang terdekat ialah
               Sirindib, yang mana kapur barus dan cendana mendapat tempat di sana dan digunakan dalam istiadat
               pemakaman rajanya. Manakala di Asia Barat, pasarannya lebih luas, dengan permintaan wilayah Syam bagi
               gaharu, kayu cendana dan kayu hitam. Wilayah Iraq pula kaya dengan kegiatan keilmuan dan kesarjanaan,
               justeru memerlukan sebahagian daripada komoditi tersebut. Ternyata kayu sepang, kapur dan cendana
               digunakan  dalam  bidang  perubatan  di  Iraq.  Manakala  logam  timah  pula  digunakan  dalam  bidang
               perubatan dan bidang kimia.

                        Berikutan  dengan adanya aktiviti  perdagangan  kaum  Yahudi  al-Rādhāniyyah  yang  membawa
               komoditi dari timur, hasil alam yang dipasarkan di Kedah Tua dapat dibawa hingga ke Afrika Utara dan
               Eropah, terutamanya kapur dan gaharu. Pakar perubatan di Afrika Utara bernama Isḥāq ibn ‘Imrān pula
               didapati menyarankan penggunaan kapur bagi merawat migrain. Antara lokasi Eropah yang mendapat
               bekalan komoditi Kedah Tua ialah Costantinople. Biarpun tiada bukti Andalus menggunakan barangan
               Kedah Tua pada kurun ke-3H dan ke-4H, kemungkinan besar ia masih kekal sebagai pengguna komoditinya.
               Hal yang demikian memandangkan, Andalus mempunyai sejarah pelangganan kayu-kayan Kedah Tua sejak
               zaman khalifah ‘Abd al-Raḥmān al-Dākhil. Sementelah pedagang-pedagang Yahudi al-Rādhāniyyah turut
               menguasai  bahasa  Sepanyol  berdialek  Andalus  sebagai  bahasa  luar.  Berhubung  aktiviti  perdagangan
               bangsa al-Rūs pula, kajian ini tidak mendapat maklumat tentang penggunaan komoditi tertentu di wilayah
               mereka atau di wilayah yang berjiran dengan mereka. Bagaimana pun, boleh diandaikan secara lumrah
               bahawa komoditi yang mereka bawa sudah semestinya di pasarkan ke destinasi sepanjang perjalanan
               dagang dan penempatan mereka.

                        Demikianlah  komoditi-komoditi  tersebut  yang  dapat  kajian  ini  jejaki  penggunaannya  di
               penempatan dunia pada kurun ke-3 dan ke-4 Hijrah. Kajian ini percaya bahawa sebenarnya masih banyak
               maklumat yang belum dapat dijejaki. Begitupun, hasil kajian yang berfokus kepada komoditi yang terhad
               telah berjaya memaparkan kehebatan dan penerimaan dunia kepada pasaran Kedah Tua. Kebiasaannya,
               kajian  tentang  Kedah  Tua  bersandarkan  kepada  data  arkeologi,  catatan  China,  catatan  Tamil  dan
               terjemahan ilmuan barat yang terhad bagi teks Arab. Kajian ini menyarankan perujukan terus kepada teks
               Arab kuno untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut. Syair Arab terutamanya daripada zaman jahiliah,
               kedapatan  diabaikan  secara  total  sebagai  sumber  maklumat  tentang  Nusantara  pada  masa  lampau
               terutamanya Kedah Tua. Oleh yang demikian, kajian ini menyarankan perujukan tambahan daripada karya
               sastera  tersebut.




               Rujukan



               al-Quran al-Karim.




               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 793 -
   801   802   803   804   805   806   807   808   809   810   811