Page 798 - Proceedings Collega2023
P. 798
ḥanūṭ kepada jenazah mereka yang meninggal dunia semasa dalam keadaan ihram, ia memberi maksud
bahawa penggunaannya bagi jenazah lain adalah suatu yang lumrah (Ibn Ḥajar al-‘Asqalāniy, 2017).
Amalan penggunaan campuran al-ḥanūṭ terus diamalkan oleh generasi selepas kewafatan nabi s.a.w.
sebagaimana dalam kisah kematian seorang sahabat bernama al-Ash’ath ibn Qays di Kufah. Cucunda
Rasulullah s.a.w. bernama al-Ḥasan ibn ‘Aliy yang juga menantu kepada al-Ash’ath menggunakan kapur
serta mengulanginya dengan al-ḥanūṭ untuk pengurusan jenazah mentuanya (Ibn ‘Asākir, 2012; Ibn Ḥajar
al-‘Asqalāniy, 2004).
Berbeza dengan gaharu, kapur, cendana, gading, kayu hitam dan kayu sepang, kajian ini tidak
menemui teks syair Jahiliah dan nas Islam yang menyebut tentang al-raṣāṣ al-qala’iy iaitu timah. Ibn al-
Baytār (2001) bilamana menjelaskan tentang al-raṣāṣ, beliau membahagikan kepada dua iaitu yang
berwarna gelap dan yang putih. Jenis yang berwarna gelap ialah plumbum dan yang berwarna putih ialah
al-raṣāṣ al-qala’iy iaitu timah. Bā’Alayān (2013), seorang pakar arkeologi di Yaman membuktikan bahawa
timah digunakan dalam industri tekstil di sana sebelum kedatangan Islam lagi. Selepas kedatangan Islam
didapati Ibn Ḥayyān (2019), seorang pakar kimia di Kufah pada kurun ke-2H biasa menggunakan timah,
bahkan memberi tunjuk ajar cara-cara memanfaatkan penggunaan timah.
Sebagaimana komoditi-komoditi tersebut mendapat tempat pada zaman sebelum dan semasa
kedatangan syariat nabi Muhammad s.a.w., ia berterusan menerima sanjungan pada zaman generasi-
generasi awal empayar Islam. Tidak hairanlah diberitakan bahawa sejak zaman pemerintahan ‘Abd al-
Raḥmān ibn Mu’āwiyat ibn Hishām al-Dākhil (w. 172H) lagi, kayu hitam, kayu cendana dan kayu sepang
memang telah sampai di Andalus untuk pembinaan Masjid Cordova (al-Dhahabiy, 1985). Keistimewaan
komoditi-komoditi ini juga terakam dalam rangkap-rangkap syair, antaranya ialah hasil gubahan penyair
Baghdad, `Abū al-Ḍil’ al-Sindiy (sebagaimana dirujuk oleh al-Qazwayniy, 1998) yang terdiri daripada 15
rangkap. Syair tersebut menyebut keistimewaan rantau India yang dianugerahkan kekayaan semulajadi
dari tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu permata dan logam. Antaranya rangkap yang menyebut kapur:
لدنلما و برنعلا و روفاكلا و كسلما اهنمف
Maksudnya:
Serta daripadanya (rantau India, didapati) kasturi, kapur, ambergris dan gaharu Mandal
(Ponteamass).
Antaranya rangkap yang menyebut gading, gaharu dan cendana:
لدنصلا و دوعلا اهنم و جاسلا و جاعلا اهنم و
ّ
ّ
Maksudnya:
Serta daripadanya gading dan kayu jati, dan daripadanya gaharu dan cendana
Penyair `Abū al-Ḍil’ al-Sindiy merupakan bekas hamba kepada Khalifah Bani Abbasiah, Mūsā al-
Hādῑ ibn al-Mahdiy. Memandangkan Khalifah Mūsā al-Hādῑ mangkat pada tahun 170H, maka dapat
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 785 -

