Page 797 - Proceedings Collega2023
P. 797

Meninjau kepada kayu cendana pula, kajian ini hanya menemui rangkap syair yang menyebut
               secara  tidak  langsung  dalam  gubahan  oleh  Yazīd  ibn  al-Khadhdhāq  (sebagaimana  dirujuk  oleh  Ibn
               Qutaybah al-Dīnawariy, 1418H) seperti berikut berikut:
                                 ِ ِ
                                          ِ
                                              ِ
                                 قارمِ يّ ط نِأك نِوجردأو         ِ لجر ار يََّأ اوُ لاقو  نِوبر  يَ ط
                                                                                   و

                                                                            َ
                                          ّ َ
                                                                       َ
                                   ْ ُّ
                                                                                ُ
                                             ْ ُْ َ
                                                                   ُ َ
                                                                          ْ
                                  َ
               Maksudnya:
               Dan mereka mewangikanku dengan al-ḥanūṭ, lalu berkata siapa gerangan lelaki ini
                                                 Mengkebumikanku (dengan mudah) seolah-olah aku lipatan helaian

                        Dalam rangkap ini, Yazīd ibn al-Khadhdhāq yang keluar memerangi musuh telah membayangkan
               dirinya gugur di medan perang. Lantas beliau mendapat penghormatan terakhir yang selayaknya daripada
               kaumnya. Antara ritual penghormatan dalam pengkebumian ialah al-taṭyīb yang dikira semaksud dengan
               al-taḥnīṭ (al-Hilāliy, t.t.). Ia merupakan amalan meletakkan wangian ke atas jasad dan kain kafan si mati.
               Manakala bahan wangian yang digunakan dikenali dengan nama al-ḥanūṭ atau al-ḥanāṭ. Ia merupakan
               campuran mana-mana bahan wangian daripada kayu cendana, kapur barus, akar jerangau, ambergris dan
               kasturi  (Ibn  Manẓūr,  2003).  Menggunakan  al-ḥanūṭ  dalam  pengurusan  jenazah  telah  menjadi  amalan
               masyarakat Arab jahiliah dan berterusan hingga ke zaman nabi s.a.w. Sebagaimana tiada teks jahiliah yang
               menyebut cendana secara langsung, demikian juga dengan teks hadis. Cendana dalam hadis tetap sahaja
               terangkum dalam perkataan al-ḥanūṭ dan al-tahḥīṭ sebagaimana hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibn
               ‘Abbās r.a.:


                          ِ ٍ
                    ِ
                                                                                                    ِ
                                                                       ِِ ِ
                                  ِ
                  فِ هونفكو ،ٍ ردسو ءابم هوُ لسغا " ْ    : َ لاقف تامف َ    -        هتعصْ قأف : َ لاق   وأ    -        هتصقو ف هتَ لحار نع عقو ف ،ةفرعب    ﷺ      ِ بنلا عم فقاو لجر ناك
                                                                                َ َ ََ
                                                                                                          َ
                  ُ َُّ
                                                                    َ َ
                                                                                                  ٌ
                         ْ
                                                                                     ََ
                                                  ََُْ
                                         َ َ َ
                              َ ُ
                                                                                                      ٌ ُ َ
                                                                          َ
                                                                               َ َ
                                                                 َُْ َ
                                                                                           ّ
                                                                                                   ِ
                                                                                           ِ
                                                                                                          ِ
                                                                 ِ
                                                                      ةمايقلا
                                                                   ."   ايبَ    لم  ِ ِ   موي ثع ب ي هرنإف ،هسْأر اورم ُ تُ  َ لَو ،   هوُ طن ُ تُ   َ لَو ،يْبوَ  ث
                                                                                                 ُ َّ
                                                                                     ُ َ َ َُّ
                                                                                                          َْْ
                                                                         َ َ ُ َُْ
                                                                     َ َ
                                                                 ًّ ُ
               (al-Bukhāriy, 2000; al-Naysābūriy, 2000)
               Maksudnya:
                        Ketikamana  seorang  lelaki  sedang  wuquf  di  Arafah,  tiba-tiba  beliau  terjatuh  dari  unta
                        kenderaannya, lalu (haiwan tersebut) telah menyebabkan lehernya patah (justeru meninggal
                        dunia).  Nabi  s.a.w.  berkata  (kepada  mereka  yang  memandikan  jenazah):  “Mandikanlah  dia
                        dengan air dan daun bidara, serta kafankan dia menggunakan dua helai kain. Jangan lakukan al-
                        tahḥīṭ  serta  jangan  tutup  kepalanya.  Maka  sesungguhnya  dia  (akan)  dibangkitkan  pada  hari
                        Kiamat dalam keadaan bertalbiah”.

                        Hadis ini berkenaan dengan individu yang meninggal dunia dalam keadaan ihram. Pengurusan
               jenazahnya  berbeza  daripada  kebiasaan,  yang  mana  tidak  ditutup  kepalanya  dan  tidak  perlu  kepada
               penggunaan wangian. Keadaan ini adalah kes istimewa yang berlainan dengan pengurusan jenazah biasa
               yang sinonim dengan penggunaan bahan al-ḥanūṭ. Biarpun hadis ini berupa larangan penggunaan al-
               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 784 -
   792   793   794   795   796   797   798   799   800   801   802