Page 802 - Proceedings Collega2023
P. 802
(Champa) di Indochina, Bārūs (Sumatera Utara), Shalāhiṭ dan kawasan tidak dinamakan yang terletak di
selatan.
Lokasi Jaringan Eksport Kedah Tua Pada Kurun Ke-3H-4H
Sebagaimana jaringan pembekalan bahan penting bagi Kedah Tua, demikian juga dengan jaringan
eksportnya. Selain daripada tersohor mempunyai kawasan industri logam, Kedah Tua juga dikenali
mempunyai hasil buminya yang tersendiri, terutamanya gaharu. al-Qalqashandiy (2012) menyifatkan
gaharu Kedah sebagai antara jenis yang paling wangi untuk digunakan pada pakaian serta lebih kekal
kewangiannya. Meninjau kepada Hutan Simpan Gunung Jerai sahaja, pokok-pokok gaharu daripada genus
Aquilaria memang masih tumbuh di kawasan yang kurang daripada 305m daripada aras laut (Mohd Nor
et al., 2019). Abū al-‘Abbās al-Ṣafriy (sebagaimana dirujuk oleh al-Ḥamawiy, 1995) pernah mengabadikan
gaharu keluaran Kedah Tua dalam rangkap syairnya yang beliau sebutkan:
ِ ِ
ِ
ِ
َ
َ
َ ْ َ
ُ ٌ َ
ْ
ُ َ
ْ
يهلاَ كلا دوعلا و كسلما تيتف َ هادم نع رر صق ي ج ِ رأ اله
Maksudnya:
Mempunyai aroma harum yang dibataskan pada lingkungannya
Serpihan kasturi dan gaharu Kalah
Penyair Abū al-‘Abbās al-Ṣafriy adalah di antara barisan penyair yang didokong oleh Khalifah Sayf
al-Dawlat ibn Ḥamdān yang wafat pada 338H (al-Ḥamawiy, 1993; Ibn Khallikān, 2012). Oleh yang demikian
dapat diandaikan bahawa penyair tersebut hidup pada kurun ke-4H. Teks syairnya jelas menjadi bukti
bahawa Kedah Tua juga mempunyai hasil gaharunya sendiri. Kedah juga dibuktikan mempunyai hasil kapur
tempatannya berdasarkan penyebutan Ibn al-Bayṭār al-Andalusiy (2001) yang merujuk kepada Isḥāq ibn
‘Imrān, bahawa antara jenis kapur ialah kapur Kalah. Isḥāq ibn ‘Imrān merupakan seorang pakar perubatan
yang berasal dari Baghdad tetapi berhijrah ke Afrika Utara. Beliau telah berkhidmat di sana pada zaman
pemerintahan ZiyādatuLlāh ibn al-Aghlab al-Tamīmiy pada kurun ke-3H (Ibn Abī Uṣaybi’ah, t.t.).
Selain daripada itu, sudah tidak dapat dinafikan timah adalah komoditi yang paling sinonim
dengan Kedah pada pandangan masyarakat Asia Barat (Ibn Khurdādhbih, 2014). Adapun bagi cendana,
gading, kayu hitam dan kayu sepang, tiada teks Arab kuno yang menyebut dengan jelas bahawa komoditi
tersebut adalah penghasilan tempatan Kedah Tua. Begitupun, data biogeografi membuktikan bahawa
tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang merupakan sumber kepda komoditi tersebut adalah kedapatan
tumbuh dan hidup di kawasannya sebagaimana yang disebut sebelumnya.
Berdasarkan pencarian kajian ini tentang jaringan perdagangan bagi pasaran komoditi tersebut
ke luar pada kurun ke-3H dan ke-4H, dapat dikenalpasti secara kasar bahawa beberapa lokasi luar iaitu
China, Sirindib, empayar Bani Abbasiah, Afrika Utara, dan Eropah termasuk Constantinople. Lokasi di
sebelah timur pula ialah China, yang mana komoditi gaharu, kapur dan kayu cendana mendapat pasaran
di sana (Ibn Khurdādhbih, 2014.) Dikatakan kapur digunakan dalam istiadat pemakaman maharaja China
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 789 -

