Page 796 - Proceedings Collega2023
P. 796
dan botani (al-Dhahabiy, 1985) menerangkan bahawa pokoknya boleh tumbuh hingga menjadi sangat
besar dan pewarna merah boleh didapati dengan merebus batangnya. Walaupun kayu sepang banyak
disebut dalam syair Arab, kayu ini bukanlah daripada tumbuhan tempatan mereka. Ia didatangkan kepada
masyarakat Arab dari rantau India yang meliputi Nusantara dan tanah al-Zanj iaitu Afrika (al-Shihābiy, t.t.).
Kayu sepang digunakan sebagai pewarna merah dalam industri tekstil dan pakaian di Yaman pada zaman
nabi s.a.w. (Bā’Alayān, 2013). Selain itu, gading juga disebut dengan jelas dalam syair jahiliah, contohnya
rangkap oleh ‘Adiy ibn Zayd al-‘Ibādiy (sebagaimana dirujuk oleh Ibn Qutaybah al-Dīnawariy, 1418H) yang
menyebut:
ِ
ير نتسم هرهز ِ ضورلا ي ف ِ ضي ب َ ْ لاك و ْ ِ ِ َ ِ ِ جاعلا ىمدك
أ بيراح م لا ي ف
ُ َ
ر
َْ
َ
َ
ْ
ُ ْ ُ ُُ
Maksudnya:
Seperti patung-patung gading di sudut ibadat atau seperti
Warna putih di taman-taman bebunganya berseri-seri
‘Adiy ibn Zayd ialah seorang penyair jahiliah beragama Kristian yang berasal daripada Hirah.
Rangkap di atas adalah pujian beliau kepada seorang wanita yang berkulit putih berseri lantaran hidup
terhormat di tempat tinggalnya dan tidak terdedah kepada kepanasan luar. Oleh yang demikian penyair
mengumpamakannya seperti patung gading di biara dan bunga-bunga putih di taman (Ibn Qutaybat al-
Dīnawariy, 1423H; al-Qiss, 2017). Adapun kayu hitam, kajian ini mendapati syair jahiliah menyebutnya
dengan perkataan lain selain daripada al-abanūs. Kayu hitam disebut dalam rangkap gubahan Labīd ibn
Rabī’ah (sebagaimana dirujuk oleh Ibn Manẓūr, 2003), seorang penyair jahiliah yang kemudiannya
memeluk agama Islam dan menjadi sahabat nabi s.a.w. (Ibn Qutaybat al-Dīnawariy, 1423H). Beliau
menyebut rangkap tersebut seperti berikut:
ٍ
ِ
ِ ِِ
َ َ
ر
ُْ
َ
ًَ
َ ُ
ُ َ
مانس نهقوف ، ىزيش نافبِ اهتعر زو ةماقم ةادغ ابصو
Maksudnya:
Sudah bertiup angin al-Ṣabā, keesokannya pasti kenduri aku yang membahagi-bahagikan
Menggunakan talam-talam lebar shīzā di atasnya timbunan (makanan)
Shīzā ialah nama kayu berwarna gelap yang digunakan untuk membuat talam yang sangat besar.
Talam tersebut dikhususkan untuk mengisi makanan yang mencukupi untuk lebih daripada sepuluh orang.
Jenis kayu tersebut dikatakan antaranya ialah kayu hitam (al-Azhariy, 2007; al-Ḥamawiy, 2013).
Berdasarkan penulisan Ibn Bayṭār al-`Andalusiy (2001), kayu hitam sebelumnya sudah dikenali dalam
bidang perubatan tamadun Greek. Sebagaimana ilmuan Pedanius Dioscorides disebutkan mengetahui
khasiat gaharu, beliau juga mengenali kayu hitam. Beliau bukan sahaja mempunyai maklumat tentang
kayu hitam Afrika, bahkan arif tentang kayu hitam yang dibawa dari rantau India.
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 783 -

