Page 804 - Proceedings Collega2023
P. 804
namakan sebagai al-Radūnah, iaitu Sungai Rhine di Eropah. Beberapa kumpulan besar masyarakat Yahudi
memang menetap di pinggir sungai tersebut.
Pedagang Yahudi dengan yang demikian telah menyebarkan komoditi Kedah Tua bukan hanya di
benua Asia, bahkan di Afrika dan Eropah. Tidak hairanlah Ibn al-Bayṭār al-Andalusiy (2001) pernah
menyebut bahawa Isḥāq ibn ‘Imrān sebagai pakar perubatan di Afrika Utara telah menyarankan
penggunaan kapur bagi merawat migrain. Memandangkan pedagang-pedagang al-Rādhāniyyah tersebut
boleh berbahasa Eropah termasuk bahasa Sepanyol berdialek Andalus, tidak mustahil komoditi Kedah Tua
juga sampai ke banyak bahagian Eropah termasuk Andalus. Sementelah kayu-kayan Kedah Tua diketahui
telah mendapat tempat di sana sejak zaman pemerintahan ‘Abd al-Raḥmān al-Dākhil pada kurun ke-2H
lagi.
Selain daripada saudagar Arab-Parsi dan Yahudi al-Rādhāniyyah, terdapat juga golongan
saudagar berbangsa Rūs iaitu Russia. Bangsa Rūs dikatakan negerinya berjiran dengan wilayah bangsa Slav,
Turki dan Bulgar Tua. Terdapat sungai Itil yang mengalirinya (al-Ḥamawiy, 1993), yang mana ia dikenali
dalam kalangan masyarakat tempatan sebagai sungai Volga dan dalam kalangan penutur bahasa Turki
dinamakan sebagai Atil (Studia-Uralo-Altaica, 1989). Terdapat juga golongan bangsa Rūs yang menetap di
persisiran tasik (al-Ḥamawiy, 1993), yang mana kajian ini mempercayainya sebagai Laut Caspian kerana
sungai Volga mengalir ke arahnya. Antara jalan perdagangan mereka ketika berada di Baghdad ialah
mengikut turutan Basrah, Ahvaz, wilayah Fāris, Kerman, Sindh, seterusnya melalui jalan laut ke rantau
India dan China (Ibn Khurdādhbih, 2014).
Dengan adanya laluan pedagang pelbagai bangsa dari arah Kedah Tua, lokasi pertengahan iaitu
Sirindib juga mendapat manfaat daripadanya. Di sana, kapur barus dan cendana digunakan dalam istiadat
pemakaman rajanya (al-Sῑrāfiy, 1999). Dengan yang demikian, gambaran jaringan eksport Kedah Tua pada
kurun ke-3H dan 4H dapat dipaparkan sebagaimana dalam Peta 2 berikut.
Peta 2
Jaringan eksport Kedah Tua pada kurun ke-3H dan ke-4H.
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 791 -

