Page 795 - Proceedings Collega2023
P. 795
penyair yang sempat hidup pada zaman jahiliah dan zaman Islam (Ibn Qutaybat al-Dīnawariy, 1423H).
Rangkap tersebut menyebut:
ِ
ِ
ةفْ لخ ضخلماو بيغر تَّلا اه بر بر ت
َ ٌ
ُ
لر كتأ نَبُ لو رو فا كو كسمو ًَ ِ ُ ْ ُ ْ ْ ََ َ َ
َْ َ
ْ َ
ٌْ
َ
ُ
Maksudnya:
Potongan-potongan daging bonggol unta dan susu tulen saling membangkitkan tumbesarannya
Dan dia (wanita itu) membakar setanggi daripada kasturi, kapur dan kemenyan lubnā
Gaharu dan kapur juga disebut dalam nas hadith, antaranya yang diriwayatkan oleh perawi Nāfi’
r.a.:
ٍ
ِ
رمجتسي ناك اَ ذَ كه " : َ لاق رُ ثُ ، ِ ةوُ للأا عم هحرْ طي ٍ روفا َ كِ بو ،ةارطم يرغ ِ ةوُ للأ بَ رمجتسا رمجتسا اذإ رمع نبا ناك
رَ
ر
ر
َ
َ
َ
ُ
ََ ْ َْ ََ ْ َْ
َ
َ
ُُ َ َ
ْ
ُ ْ َ َ
ََ ُ ُ
ُ َ
ِ
. " ﷺ الله ُ لوسر َ
(al-Naysābūriy, 2000)
Maksudnya:
Ibn ‘Umar jika mengasapkan setanggi akan menggunakan gaharu aluwwah yang tidak bercampur dengan
bahan lain, juga adakalanya menggunakan kapur yang dicampur dengan gaharu aluwwah. Beliau berkata:
“Sebeginilah Rasulullah s.a.w. mengasapkan setanggi”.
Selain tanah Arab, kapur juga telah digunakan di tempat lain di Asia Barat. Buktinya, semasa
kejatuhan Madain ke tangan tentera Islam pada tahun 16H, antara barangan mewah yang ditemui dalam
istana Khosrow ialah kapur (Ibn Kathīr al-Dimashqiy, 2015). Sebagaimana yang telah dinyatakan kapur
kedapatan disebut dalam teks hadis, demikian juga ia disebut dalam ayat al-Quran ke-5 dalam Surah al-
Insan. Adapun kayu sepang, ia juga kedapatan disebut dalam syair jahiliah, antaranya oleh A’shā ibn Qays,
(sebagaimana dirujuk oleh Ibn Manẓūr, 2003) yang mana beliau menyebut:
ِ
ِ
ٍ
ِ
ا
مر ق ب َ طَ لاخ ةاحسلما فِ بص اذإ بَارش ر نأك قيِ ربإو ٍ سأَ كب ِ
َ
َ
ََ ّ
ر
َ
َ َ
ا
ّ
ْ ْ َ
َ ْ ْ
َ
Maksudnya:
Dengan gelas dan bejana seolah-olah minumannya (arak)
Bila dituang ke atas penyenduk (lalu) bercampur kayu sepang
Dalam rangkap di atas, penyair ingin menggambarkan warna merah arak seakan-akan rebusan
kayu sepang. Berkaitan kayu sepang, Abū Ḥanīfat al-Dīnawariy, seorang ilmuan dalam bidang bahasa Arab
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 782 -

