Page 794 - Proceedings Collega2023
P. 794

Adapun penyelidikan yang berfokus kepada Kedah Tua sebagai pelabuhan, ia berjudul “Kedah
               Tua Sebagai Pelabuhan Kuno Perdagangan Antarabangsa Antara Abad Ke-2M Sehingga 13M: Lambang
               Ketamadunan Bangsa Melayu”. Penyelidikan ini dihasilkan oleh Mohamad Akhir et al. (2022), yang mana
               ia merujuk kepada data primer iaitu kajian lapangan yang telah dilakukan sebelumnya dan juga maklumat
               sekunder. Berdasarkan penemuan artifak, penyelidikan ini menyenaraikan hasil komoditi tempatan yang
               terdiri  daripada  hasil  hutan  dan  alam  semulajadi,  logam  besi,  manik,  batu-bata  dan  tembikar  tanah.
               Manakala  barangan  luar  yang  diimport  ialah  seramik  China.  Bagi  hasil  hutan  dan  alam  semula  jadi,
               penyelidikan  ini  merujuk  kepada  al-Jāḥiẓ  sehingga  dapat  dikenalpasti  gaharu  antara  komoditinya.
               Manakala dengan merujuk kajian-kajian lepas, ia dapat mengenalpasti komoditi Kedah Tua sebagai; sutera,
               kayu cendana, kapur barus, gading gajah, timah dan rempah-ratus. Oleh kerana penyelidikan ini banyak
               bergantung kepada kajian lepas, makanya penditilan tentang komoditi Kedah Tua tidak begitu menyerlah.

                                  Penggunaan Awal Komoditi Kedah Tua Berdasarkan Teks Arab



               Sebagaimana maklum, penyebutan yang dipercayai diambil daripada Ibn Wahb al-Qurashiy sebagai antara
               komoditi di pasaran kedah Tua pada kurun ke-3H/ke-9M ialah; gaharu, kapur, cendana, gading, timah, kayu
               hitam dan kayu sepang. Kebanyakan  komoditi tersebut bukanlah barangan yang baru dikenali. Teks syair
               jahiliah dan nas Islam menunjukkan bahawa masyarakat Arab sudah mengetahui tentangnya, bahkan telah
               menggunakannya. Komoditi yang paling utama ialah gaharu yang memang telah disebut dalam syair-syair
               jahiliah, contohnya rangkap gubahan Imru` al-Qays ibn Ḥujr al-Kindiy (sebagaimana dirujuk oleh al-Saqqā,
               2014) yang menyebut:
                                                                        ِ ِ
                                        ِ
                                                                     ِ
                                                                              ِ
                                  رقلما ءابكلاو نَبُ لو ادنرو
                                                                      َ
                                                 ًْ
                                                                         ْ
                                                                                     ً
                                                                    ً
                                 َ
                                  اتَّ َ ُ  َ َ َ َْ َ ََ          ا     يكاذ    دنلها نم  ا يًّوْلُأ   و نًبَ   و َ َ
                                                                                   َ
                                                                             َ
               Maksudnya:
               Juga biji remunggai dan gaharu aluwwah dari rantau India yang semerbak
                                                    Daun bay, kemenyan lubnā dan batang setanggi yang diasapkan

                        al-Aluwwah  dijelaskan oleh  al-Zamakhshariy  (1997) sebagai  sejenis  gaharu  yang  paling  elok.
               Terdapat juga syair lain yang menamakannya sebagai al-Hindiy bermaksud barangan rantau India, yang
               difahami secara langsung oleh masyarakat Arab silam sebagai gaharu (Ibn Qutaybat al-Dīnawariy, 1423H).
               Hal  ini  menunjukkan  betapa  gaharu  adalah  produk  yang  sangat  signifikan  dan  mendapat  sanjungan
               daripada komuniti Arab. Bahkan Ibn al-Bayṭār (2001) memberi maklumat bahawa gaharu sudah dikenali
               dalam bidang perubatan tamadun Greek lagi. Contohnya, Pedanius Dioscorides seorang ilmuan kurun
               pertama  Masihi  (University  of  Virginia,  2007),  telah  menyarankan  penggunaan  gaharu  dalam  ramuan
               untuk berkumur-kumur bagi mewangikan pernafasan. Beliau juga menggunakan gaharu untuk merawat
               penyakit-penyakit  pada  bahagian  abdomen.  Seterusnya  pada  kurun  ke-2M,  Aelius  Galenus  atau  lebih
               dikenali sebagai Galen (Nutton, 1972), juga menggunakan gaharu untuk merawat penyakit pada organ
               perut.

                        Sebagaimana gaharu telah dikenali, demikian juga dengan kapur. Terdapat rangkap syair yang
               menyebutnya, digubah oleh al-Namir ibn Tawlab (sebagaimana dirujuk oleh al-‘Umariy, 2010), seorang


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 781 -
   789   790   791   792   793   794   795   796   797   798   799