Page 792 - Proceedings Collega2023
P. 792
Pendekatan kualitatif dipilih dengan menggunakan kajian kepustakaan bagi pengumpulan data daripada
sumber induk dan sumber-sumber lain yang dapat memberi penjelasan lanjut. Sumber induk kajian ini
ialah kitab Riḥlat al-Sīrāfiy oleh Abū Zayd, al-Ḥasan ibn Yazīd al-Sīrāfī daripada naskhah penerbitan pada
tahun 1999 oleh al-Majma’ al-Thaqāfiy yang bertempat di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Naskhah
penerbitan bagi karya bergenre pengembaraan ini adalah satu-satunya yang dapat diakses oleh pengkaji.
Kajian ini hanya menumpukan kepada penyebutan komoditi pasaran Kedah Tua yang disebut dalam
petikan berikut daripada Riḥlat al-Sīrāfiy:
." اهلك هيوافلأاو ، مقبلاو ، سونبلأاو ، يعلقلا صاصرلاو ، جاعلاو ، لدنصلاو ، روفاكلاو ، داوعلأا ؛ نم ةعتملأا عممج هلكبو "
ّ
ّ
ّ
(al-Sīrāfiy, 1999)
Maksudnya:
“Terdapat di Kalah (Kedah Tua) pengumpulan bahan-bahan pasaran yang terdiri daripada; jenis-jenis
gaharu, kapur barus, cendana, gading, timah, kayu hitam, kayu sepang dan segala rempah-ratus”
Maklumat tentang komoditi dalam petikan tersebut dipercayai diambil daripada Ibn Wahb al-
Qurashiy. Kajian ini lebih berfokus kepada komoditi yang disebut secara jelas; gaharu, kapur, cendana,
gading, timah, kayu hitam dan kayu sepang. Adapun komoditi yang disebut secara umum sebagai “segala
rempah-ratus” ia hanya dijadikan petunjuk kepada maklumat yang umum. Petikan daripada Riḥlat al-
Sīrāfiy hanya dipilih untuk menjadi sampel komoditi yang dipasarkan di Kedah pada zaman Ibn Wahb al-
Qurashiy yang hidup pada kurun ke-3H dan zaman al-Sīrāfiy yang sempat hidup pada kurun ke-4H. Kitab
Riḥlat al-Sīrāfiy tidak memberi penditilan yang cukup tentang jaringan perdagangan Kedah Tua yang
melibatkan komoditi-komoditi gaharu, kapur barus, cendana, gading, timah, kayu hitam dan kayu sepang.
Bagi mendapat maklumat lanjut tentang pemasarannya pada kurun ke-3H dan ke 4H, kajian ini merujuk
sumber-sumber lain yang kebanyakkannya adalah kitab turath atau rujukan klasik berbahasa Arab.
Selebihnya, adalah penyelidikan kontemporari yang menyumbangkan maklumat.
Kajian ini mengumpul maklumat yang boleh menjadi petunjuk kepada jaringan perdagangan
Kedah Tua pada kurun ke-3H dan ke-4H. Hal yang demikian supaya berkesinambungan dengan zaman Ibn
Wahb al-Qurashiy sebagai penyampai maklumat yang hidup pada kurun ke-3H dan al-Sīrāfiy sebagai
perekod maklumat dalam kitabnya yang sempat hidup hingga tahun 330H. Kajian juga akan menyorot
maklumat jaringan perdagangannya sebelum era tersebut untuk memaparkan latar belakang awalnya
yang menggambarkan kelestarian kemasyhuran Kedah Tua dalam bidang pemasaran komoditi tersebut.
Seterusnya, kajian ini mengolah data yang telah dikumpul dengan menggunakan pendekatan
analisis kontekstual. Menurut Yuli Edi Z et al. (2023), analisis kontekstual melibatkan pemahaman ekstra-
teks dan sorotan konteks lain seperti sejarah, sosial, budaya, atau politik yang dapat memberi penjelasan
lanjut sehingga dapat menelusuri latar belakang dan situasi di sebalik teks. Pendekatan ini juga memberi
ruang untuk mempertimbangkan pemahaman zaman modern dan perkembangan ilmu pengetahuan
terkini dalam mencari kerelevanan.
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 779 -

