Page 791 - Proceedings Collega2023
P. 791

sebahagian daripada penempatan masyarakat awal. Hakikatnya, pandangan awal lebih menepati ciri-ciri
               Kedah Tua yang diperkenalkan dalam catatan Arab silam yang menyebut penamaannya dalam pertuturan
               mereka sebagai Kalah. Menurut mereka Kalah atau Kalāh adalah wilayah yang sangat luas dan mempunyai
               pelabuhan penting dan kawasan perindustrian logam yang dinamakan al-Qal’ah (al-Khazrajiy, 2013).

                       Abū Zayd, al-Ḥasan ibn Yazīd al-Sīrāfī adalah warga Basrah yang kemudiannya berhijrah ke Siraf
               pada tahun 303H. Beliau adalah seorang pengembara yang pernah melayari Laut Caspian dari Gorgan
               hingga ke Tabaristan. Beliau juga telah sampai ke Armenia, Kandovan dan Javar (al-Mas’ūdiy, 1866). Kitab
               Riḥlat al-Sīrāfiy diangkat oleh Rahman dan Al-Bayati (2023) sebagai sebuah kitab ilmiah yang istimewa
               dalam  menggambarkan  penyaksian  pelayar  Arab  tentang  wilayah  luar  yang  dijejaki.  Genre  riḥlah
               sebagaimana  didefinisikan  oleh  Wahbah  dan  al-Muhandis  (1984),  merupakan  karya  yang  mengumpul
               maklumat-maklumat  berkenaan  tanggapan  pengarang  berkaitan  pengembaraan  beliau  di  lokasi-lokasi
               yang berbeza, yang mana beliau dapat menggarap perkara-perkara yang disaksikan berkaitan budaya, cara
               hidup dan etika, serta dapat membuat catatan terperinci tentang pemandangan semula jadi, menceritakan
               perjalanan-perjalanan  pengembaraannya,  atau  mengkompilasikan  semua  perkara  tersebut  sekali  gus.
               Begitupun, berdasarkan amalan pengarang genre riḥlah, kedapatan agak banyak amalan menambahkan
               atau mengambil daripada butiran pengembaraan pengembara atau pelayar lain.

                        Kitab Riḥlat al-Sīrāfiy ini menjadi bukti bertulis tentang budaya masyarakat luar serta produk
               pengeluaran  mereka,  juga  kemahiran  pelayar  Arab  mengemudikan  perjalanan  di  lautan.  Maklumat-
               maklumat tentang wilayah luar beliau dapatkan sumbernya melalui penceritaan saudagar Sulaymān al-
               Sīrāfiy, saudagar Ibn Wahb al-Qurashiy, sekumpulan kelasi dan saudagar lain. Beliau bukanlah seorang
               ilmuan, cuma beliau berminat mengumpul penceritaan tentang China dan rantau India daripada pelayar-
               pelayar Basrah dan Al-Ubulla yang pernah ke sana. Rantau India atau al-Hind bagi masyarakat Arab silam
               mencakupi  Asia  Selatan  dan  Asia  Tenggara,  termasuklah  Kedah  Tua  (Mohamad  &  Ahmad,  2021).
               Berkenaan dengan Sulaymān al-Sīrāfiy, beliau telah belayar merentasi Lautan Hindi dalam perjalanannya
               ke negeri China. Beliau mengambil kesempatan merakamkan apa yang telah disaksikan dalam catatannya
               yang disempurnakan pada 237H/851M. Manakala Ibn Wahb al-Qurashiy adalah penduduk Basrah yang
               berketurunan Quraysh, yang kemudiannya berhijrah ke Siraf. Siraf ialah sebuah bandar pelabuhan tersohor
               yang mempunyai hubungan perdagangan dengan rantau India pada zaman tersebut. Bagaimanapun, lokasi
               pelabuhannya terletak di Nābid yang jauhnya dari Siraf ialah 2 farsakh, iaitu dalam 9 kilometer. Tempat
               tersebut yang terlindung daripada tiupan angin kencang sangat sesuai untuk kapal berlabuh. Kebetulan
               terdapat kapal yang akan belayar ke China, maka beliau pun mengambil kesempatan untuk menjelajah ke
               tempat baharu. Kemudian Ibn Wahb keluar daripada China dan sempat singgah di Kedah Tua. Beliau telah
               berjaya menyelesaikan catatannya pada tahun 257H (al-Sīrāfiy, 1999; al-Ḥamawiy, 1995; al-Kirbāsiy, 2019;
               Mohamad & Ahmad, 2021). Menurut Ibn Khurdādhbih (2014), pada era tersebut, Kedah Tua berada di
               bawah  pemerintahan  Kerajaan  Jābah  al-Hindiy  iaitu  Srivijaya.  Berdasarkan  pengamatan  kajian,  zaman
               penyaksian Sulaymān al-Sīrāfiy dan Ibn Wahb al-Qurashiy adalah sebelum berlakunya rusuhan besar di
               China yang menyebabkan diaspora Arab keluar meninggalkannya pada tahun 264H bersamaan 878M (al-
               Mas’ūdiy, 1866).





                                               Kaedah Penyelidikan dan Sumber



               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 778 -
   786   787   788   789   790   791   792   793   794   795   796