Page 696 - Proceedings Collega2023
P. 696
Gambar 12: Pokok kelapa dan buah kelapa yang sudah matang
Bagi penggemar kuih koci (di Malaysia) atau kuih tepong boik (namanya di Thailand), sudah tentu
tidak dapat melupakan keenakan kuih tersebut. Gabungan rasa lemak, masin dan manis akan bersatu
dalam mulut ketika mengunyahnya yang sedikit kenyal dan liat. Kuih ini disediakan dengan menggunakan
santan pekat yang dibancuh dengan tepung pulut sebagai pembalut yang didalamnya diisi dengan inti
kelapa manis hasil parutan kelapa sederhana muda yang dikacau bersama dengan gula Melaka atau gula
kabung.
Ada sesuatu yang menarik tentang kuih koci atau tepong boik yang dibungkus cantik dan kemas
berbentuk kon dengan menggunakan daun pisang. Ia merupakan teknik kognitif orang Melayu untuk
melihat sifat sabar pemakannya yang perlu melalui proses membuka kuih, mengurus pembungkus yang
telah dibuka, dan bagaimana saat menikmati kuih tersebut yang basah dan berair (kesan kelikatan santan
yang dikukus). Atas sebab tersebut, kuih ini juga antara kuih yang dihidang semasa kedatangan tetamu
terutama ketika majlis sesi merisik dan meminang. Berikut disertakan pandangan responden mengenai
hal ini.
(11) Kita buat tepong boik ni memang guna kelapa. Satu bahagian guna santannya, dan satu
bahagian lagi untuk inti, gunakan parutan isi yang sederhana muda. Buat día akan sedikit
belengas la sebab santan bila dikukus dalam bungkusan daun pisang begitu, akan berair
sedikit. Sedap kuih ni sebab ada rasa lemak, masin dan manis. Macam berlagu dalam mulut
ketika kita makan. (4[T/w/76])
(12) Tok la pesan pada mak saya. Kalau ada orang nak datang merisik atau meminang, buat kuih
yang berbungkus dan mudah berair macam kuih koci ni. Kita hidang pada mereka. Baru kita
tahu bakal besan kita tu macam mana. Tengok cara día buka bungkusan koci, cara día simpan
kulit pembungkus tu, cara día makan. Nak jadi besan biar yang sekufu, itu pesan tok pada mak.
Sampai ke saya, saya ingat pesan tu. Begitu orang dahulu berfikir. (9[M/w/83])
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 683 -

