Page 700 - Proceedings Collega2023
P. 700
perhatian, dan día boleh serlahkan sifat dan sikap kita, perangai kita. Jenis orang yang macam
mana. (11[T/w/71])
Gambar 17: Kuih puteri mandi atau hua lae
Rumusan
Sebagai rumusan, dapat dikatakan bahawa, pemilihan sumber bahan utama dalam penghasilan
kuih-muih tradisional Melayu yang mempunyai banyak persamaan di Malaysia dan Thailand Selatan, yang
diwakili oleh pisang, ubi, kelapa dan pulut, dapat menggambarkan kearifan lokal penghasilnya iaitu kaum
wanita sebagai ibu yang menjadi pemain utama di gelanggang dapur. Pemanfaatan apa sahaja yang ada
di halaman rumah (sama ada di hadapan, belakang, mahupun tepi rumah) untuk dijadikan hidangan yang
bukan sahaja mengenyangkan, malah cukup berkhasiat, walaupun hanya hidangan pencuci mulut, turut
menterjemahkan sifat dan sikap pembuat kuih-muih tradisional Melayu di kedua-dua negara yang tidak
sebarangan dalam menghasilkan kuih-muih tersebut, sebaliknya bermotivasi, dengan dorongan sesuatu
yang menyakinkan hasil daya fikir dan ketajaman akal budi.
Kesimpulan
Pandangan hidup suatu masyarakat di wilayah tertentu mengenai lingkungan alam tempat mereka
tinggal boleh dianggap sebagai sesuatu yang menarik untuk diamati. Hal ini demikian kerana, pandangan
hidup yang biasanya adalah pandangan hidup yang sudah berakar umbi dalam diri dan menjadi
kepercayaan orang-orang di wilayah tersebut selama puluhan bahkan ratusan tahun, akan diperturunkan
dari generasi ke generasi. Namun sayangnya, sampai satu tahap, pandangan hidup tersebut akan terputus
kerana pelbagai faktor.
Pengupayaan kajian ini boleh dijadikan langkah pemula untuk mendokumentasikan pandangan
hidup masyarakat Melayu tanpa persempadanan geopolitik mengenai penghasilan kuih-muih tradisional
Melayu yang terdapat di Malaysia dan Thailand Selatan dari aspek penggunaan sumber bahan utama.
Hasil daripada kajian ini juga dapat dijadikan bukti bahawa kearifan lokal dapat mencerminkan sifat dan
tingkah laku orang Melayu dalam memanfaatkan kekayaan sumber alam. Maka sewajarnya hasil kajian ini
didokumentasikan sebagai suatu usaha menjaga warisan pengekalan tradisi budaya Melayu sejagat.
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 687 -

