Page 697 - Proceedings Collega2023
P. 697

Gambar 13: Kuih koci atau kuih tepong boik

                       Jika kuih koci menggunakan santan sebagai bahan utama, kuih abok-abok (di Malaysia) atau kuih
               tepung suna / tepung serunai (di Thailand) pula mesti menggunakan parutan kelapa muda sebagai bahan
               utama. Kalau tiada parutan kelapa muda, kuih tersebut tidak boleh dinamakan kuih abok-abok atau kuih
               tepung suna / serunai kerana parutan kelapa itulah yang menjelmakan sifat abok-abok atau suna.  Kuih ini
               juga sering dijadikan hidangan kepada tetamu yang datang, sama seperti kuih koci atau tepong boik,
               dengan tujuan untuk menilai sifat kesabaran tetamu tersebut.  Hal ini demikian kerana, kuihnya yang
               sedikit berhabuk (kesan campuran parutan kelapa), boleh menyebabkan habuknya tumpah ke lantai jika
               tidak dimakan dengan berhati-hati.  Berkenaan hal ini, responden yang ditemu bual menyatakan hal yang
               berikut.

                     (13)  Kalau tak ada campuran parutan kelapa tu, tak sah dah nama dia abok-abok. Dia dah jadi kuih
                          sagu biasa sahaja.  Bila kita campur parutan kelapa muda tu, rasa dia lain. Manis masin lemak,
                          bersatu. Kemudian ada la habuk habuk día. Itu yang buat día jadi sangat sedap. (7[M/w/80])
                     (14)  Kalau tak pandai makan, memang satu rumah boleh bersepah.  Sebab habuk habuk tu la dari
                          parutan  kelapa  muda.  Sebab  itu  kalau  ada  orang  yang  datang  ke  rumah,  misalnya  bakal
                          saudara (besan), kita boleh tengok día macam mana. Pandai tak makan elok elok hahahahha.
                          (8[T/w/79])













                                        Gambar 14: Kuih abok-abok atau kuih tepung suna

               Pulut

                       Satu lagi sumber bahan utama kuih-muih tradisional Melayu yang sering digunakan selain pisang,
               ubi dan kelapa ialah pulut (beras pulut).  Di kawasan perkampungan bahagian utara atau pantai timur
               Malaysia, seperti Kedah dan Perlis atau Kelantan dan Terengganu, dan di kebanyakan kawasan di Thailand
               Selatan, beras pulut adalah antara tanaman yang masih lagi ditanam.  Menurut pandangan responden


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 684 -
   692   693   694   695   696   697   698   699   700   701   702