Page 693 - Proceedings Collega2023
P. 693
Gambar 7 : Kuih bingka ubi atau baeko ubi
Selain ubi kayu, ubi keledek juga adalah jenis ubi yang sering dijadikan sumber bahan utama dalam
penghasilan kuih-muih tradisional Melayu yang popular di malaysia dan Thailand selatan. Ubi keledek
atau nama saintifiknya Ipomoea batatas ialah sejenis tumbuhan dari keluarga Convolvulaceae. Pokok jenis
menjalar ini menjadikan akarnya sebagai asas untuk menghasilkan umbi yang berisi dengan pelbagai
warna termasuk jingga, kuning, kemerahan, ungu atau perang (Augustine & Vazhacharickal, 2017). Seperti
ubi kayu, ubi keledek juga membekalkan banyak khasiat yang boleh diolah pengambilannya dengan
pelbagai cara. Menurut Mi Htwe (2019), antara khasiat ubi keledek yang dianggap pembekal serat dan
antioksidan ialah seperti dapat meningkatkan sensitiviti insulin, mengurangkan risiko menghidap kencing
manis, mengurangkan tekanan darah, meningkatkan kesihatan usus, membekalkan tenaga dengan segera,
dan menjaga kesihatan mata.
Gambar 8: Pokok ubi keledek dan buah keledek
Antara kuih popular yang dihasilkan di Malaysia dan Thailand Selatan melalui ubi keledek sebagai
bahan sumber utamanya ialah kuih cek mek molek (di Malaysia) atau kuih cek mek denir / cek mek
belengas (di Thailand). Kuih kategori digoreng ini dihasilkan dengan kulit asasnya adalah dari ubi keledek
yang telah direbus, dilecek dan dicampur dengan tepung sebelum dibentuk bujur. Intinya adalah gula pasir
yang akan mencair ketika digoreng. Kuih ini sangat lazat dimakan ketika masih panas kerana kita dapat
merasa kemanisan kombinasi manisnya ubi keledek lecek dan gula yang mencair. Menurut responden,
kuih cek mek molek atau kuih cek mek denir / cek mek belengas adalah antara kuih yang sering dihasilkan
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 680 -

