Page 694 - Proceedings Collega2023
P. 694

semasa bulan puasa, untuk juadah ketika berbuka ataupun moreh (hidangan yang disediakan selepas
               bersolat tarawih).  Berikut disertakan pandangan responden berkenaan hal ini.

                     (7)   Yang sedap tu jika kita hidang ketika masih panas. Sebab dapat rasa manis gula yang mencair
                          dengan manisnya ubi keledek yang dilecek halus. (13[M/w/85])
                     (8)   Mak saya dahulu buat kuih ini ketika bulan puasa. Bulan lain jarang jumpa. Kira istimewa kuih
                          ini. Kita rasa tertunggu tunggu bulan puasa terutama ketika hendak berbuka atau selepas
                          sembahyang tarawih kerana pada masa itulah boleh boleh dapat makan kuih ini. (12[T/w/84])














                             Gambar 9: kuih cek mek molek atau kuih cek mek denir / cek mek belengas

                       Satu lagi keluarga ubi yang sering ditanam di halaman rumah orang Melayu terutama di kawasan
               perkampungan ialah ubi keladi.  Buahnya juga boleh diolah untuk dijadikan sumber bahan utama dalam
               penghasilan kuih-muih tradisional orang Melayu, sama ada di Malaysia mahupun di Thailand Selatan.  Ubi
               keladi atau nama saintifiknya Colocasia esculenta dari keluarga Araceae merupakan tanaman tropika dan
               dipercayai  berasal  dari  kawasan  lembah  di  Malaysia  dan  ditanam  di  India  pada  5000  tahun  sebelum
               Masehi  sebelum  dibawa  ke  Mesir  (Rashmi  et.  al.,  2018).  Pokok  keladi  mempunyai  daun  yang  lebar
               berbentuk hati dengan saiz yang pelbagai. Sesetengah spesies keladi mengeluarkan sulur yang menjalar.
               Ubi keladi mengandungi banyak zat mineral dan vitamin seperti thiamin, riboflavin, zink, posforus, kalium,
               manganese dan juga zat besi. Ubi keladi juga mempunyai sumber kanji yang sangat tinggi.  Oleh hal yang
               demikian, ia sememangnya sangat sesuai diolah untuk dibuat kuih sebagai pengganti nasi.






















                                          Gambar 10: Pokok ubi keladi dan buah keladi





               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 681 -
   689   690   691   692   693   694   695   696   697   698   699