Page 699 - Proceedings Collega2023
P. 699
A B
Gambar 16: Kuih pulut panggang inti (A) dan pulut panggang kosong (B)
Selain jenis kuih tradisional Melayu berasaskan pulut yang menggunakan pulut dalam bentuk asal
(beras) yang ditanak, terdapat juga kuih berasaskan pulut yang telah diolah terlebih dahulu menjadi
tepung (tepung pulut). Kuih dari jenis manisan berkuah ini dikenali sebagai kuih puteri mandi / puteri
berendam di Malaysia, atau kuih hua lae (pinjaman daripada bahasa Thai hua lan yang bermaksud kepala
botak) di beberapa kawasan di Thailand Selatan. Puteri mandi atau hua lae adalah antara kuih dari sumber
bahan utamanya tepung pulut yang popular di kedua-dua negara, dan biasa menjadi hidangan pencuci
mulut dalam sesuatu majlis atau ketika berbuka puasa.
Terdapat banyak versi kuih ini yang boleh didapati di kebanyakan negeri dan daerah di Malaysia
dan juga di Thailand Selatan. Ada yang dibuat dalam bentuk bulat atau bujur. Ada juga buah isinya (yang
diperbuat dari olahan tepung pulut) yang berinti (juga pelbagai versi, seperti inti kelapa manis, inti kacang
merah lecek, atau inti gula Melaka), dan ada juga yang tidak berinti. Buah isinya juga boleh diolah dengan
pelbagai warna, mengikut selera dan minat pembuatnya. Kuih puteri mandi atau hua lae adalah antara
kuih yang sentiasa dinanti-nantikan peminatnya, terutama peminat kuih dari jenis manisan berkuah.
Menurut responden, sama seperti kuih-kuih lain yang berbungkus daun pisang, kuih ini juga dihidangkan
untuk melihat gelagat pemakannya, sama ada seorang yang bersopan atau tidak. Hal ini demikian kerana,
untuk menikmatinya, seseorang perlu belajar menggunakan sudu, mengambil buah isi dan
mengunyahnya, dan menghirup manisan berkuah. Semua hal tersebut sering menjadi perhatian dan
penelitian orang yang menghidangnya untuk mengenal perangai, sikap dan sifat seseorang. Pernyataan
responden berkenaan hal ini adalah seperti yang berikut.
(17) Kalau di Malaysia, kita boleh jumpa pelbagai versi kuih puteri mandi ni. Ada sesetengah
tempat, buah isinya bulat dan berisi, serta berwarna warni. Isinya pun pelbagai. Ada yang letak
kelapa manis, atau isi kacang merah lecek. Ada juga tu yang macam buah Melaka, mereka
letak gula Melaka je, supaya bila kita makan, dia meletup dalam mulut. Sedap. Ada juga yang
kosong je. Yang ni biasanya buah isi dia lebih kenyal. Pun sedap juga. Kadang kita jumpa juga
yang buahnya bujur. Kalau buah isinya berwarna, yang biasa kita nampak, warna merah, hijau,
putih, atau kuning. Sekarang ada juga yang warna ungu dari bunga telang. Kadang kita jumpa
juga di sesetengah tempat, yang tiada warna, maknanya kosong putih sahaja. (5[M/w/70])
(18) Kuih berkuah macam ni bukan mudah nak makan. Nampak macam biasa sahaja, tetapi
sebenarnya ada maksud tersirat. Belajar guna sudu, nak pegang tangan mana. Kemudian nak
tengok juga cara ambil buah isi. Ambil satu-satu atau ambil banyak terus. Tengok cara kita
mengunyah. Kemudian tengok juga cara menghirup kuah día. Semua tu orang dulu ambil
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 686 -

