Page 691 - Proceedings Collega2023
P. 691

(3)   Lepat  pisang  ni  kita  buat  sesuai  untuk  sarapan  pagi  atau  minum  petang.  Kuih  ni  manis,
                          bekalkan  tenaga.  Pagi  orang  nak  pergi  kerja  kena  ada  tenaga,  petang  pulak  balik  kerja,
                          perlukan tenaga untuk pulihkan diri. Sebab itu sekarang, kalau kita tengok orang jual kuih, kita
                          mudah dapat kuih ini pada waktu pagi atau waktu petang. (15[M/w/70])
                     (4)   Lebih sesuai guna pisang yang lembik halus atau manis apabila sudah ranum, macam pisang
                          kapas atau pisang berangan. Lepatnya jadi lagi baik sebab dia rasa manis asli, tak perlu tambah
                          gula. (1[T/w/68])




















                                                  Gambar 4: Kuih lepat pisang
                       Jika pisang yang sudah agak ranum lebih sesuai dibuat kuih lepat pisang melalui kaedah dilecek
               sehingga lumat, terdapat juga resepi dari bahan utamanya ialah pisang yang menggunakan pisang yang
               tidak  terlalu  ranum.    Pisang  tersebut  hanya  perlu  dibelah  dua  dan  dibalut  dengan  bancuhan  tepung
               gandum atau dengan pulut yang telah ditanak terlebih dahulu, sebelum dibungkus dengan daun pisang
               dan dikukus.  Di Malaysia, pisang yang dibelah dua dan dibalut dengan bancuhan tepung gandum dikenali
               dengan nama kuih nagasari, sementara pisang yang dibelah dua dan dibalut dengan pulut tanak dikenali
               sebagai kuih  dakap  asmara  atau kuih  pulut  dakap.   Namun  di  Thailand,  kedua-duanya  masih  dikenali
               sebagai kuih pisang (atau khanom kluai).  Cuma di beberapa kawasan sahaja, seperti di Patani dan Yala,
               pisang yang dibelah dua dan dibalut dengan pulut tanak turut dikenali sebagai kuih ketupat pisang atau
               ketupat dakap.

















                                                          A                                                                               B

                                   Gambar 5: Nagasari (A) dan dakap asmara/ketupat pisang (B)




               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 678 -
   686   687   688   689   690   691   692   693   694   695   696