Page 698 - Proceedings Collega2023
P. 698

yang ditemu bual, walaupun tidak ditanam secara besar-besaran seperti dahulu, namun tanaman beras
               pulut yang diusahakan oleh penduduk tempatan di tanah sawah yang berdekatan dengan rumah sudah
               cukup untuk memenuhi keperluan kebanyakan mereka sekeluarga.

                       Beras pulut atau nama lainnya beras manis, beras berlilin, beras permata, beras botan, beras
               mochi dan beras biroin, ialah sejenis beras daripada keluarga Oryza sativa var. glutinosa yang melekit
               setelah dimasak (Kusumawati et. al., 2021).  Beras yang boleh didapati dalam dua warna (hitam dan putih)
               ini memiliki banyak khasiat dan keistimewaan.  Antaranya ialah dapat digunakan untuk mencerahkan kulit,
               menggebukan kulit, serta menghilangkan jerawat dan jeragat.  Jadi, tidak mustahillah, beras pulut, sama
               ada beras pulut putih mahupun hitam, sering dijadikan sumber bahan utama dalam penghasilan kuih-
               muih tradisional Melayu.


















                                       Gambar 15: Beras pulut putih dan beras pulut hitam

                       Terdapat jenis kuih tradisional Melayu berasaskan pulut yang menggunakan pulut dalam bentuk
               asal (beras) yang ditanak.  Contohnya ialah kuih pulut panggang, sejenis kuih pulut tanak (pulut yang telah
               dimasak terlebih dahulu dengan cara dikukus dan kemudiannya dicampur dengan santan pekat).  Pulut
               tanak tersebut kemudiannya dibentuk memanjang dan diberikan inti (serunding kelapa yang dicampur
               udang atau ikan bilis) atau boleh juga kosong tanpa inti.  Setelah dibalut dengan daun pisang, kuih ini perlu
               dibakar.    Kuih  ini  sering  disediakan  untuk  dijadikan  bekalan  dalam  perjalanan  yang  panjang  kerana
               keperluan  nutrisi  yang  lengkap  yang  terdapat  dalam  kuih  ini  mampu  membekalkan  tenaga  kepada
               pemakannya.  Maklumat berkenaan hal ini adalah seperti maklumat yang dikongsi oleh responden di
               bawah.

                     (15)  Kalau di sini (merujuk di Narathiwat), biasa pulut panggang tiada isi. Kita campur beras pulut
                          putih dan hitam, tanak dan campur dengan santan pekat, sebelum dibungkus dan dibakar.  Di
                          sini juga, kita tak buat memanjang. Biasanya dalam bentuk kon.  Tapi ada sesetengah tempat
                          di Patani dan Yala kita boleh jumpa pulut panggang yang ada isi. Yang ini pun sedap juga. Isinya
                          kelapa dengan udang yang dibuat seperti sambal kering. (6[T/w/77])
                     (16)  Orang dulu kalau pergi berjalan jauh, mesti bawa bekal.  Kalau nasi, payah sikit nak bawa,
                          sebab bukan macam sekarang ada banyak bekas. Jadi untuk mudah, bawa kuih yang tahan
                          lama. Kuih dari pulut ni tahan lama. Berkhasiat pula tu, mengenyangkan dan boleh beri tenaga
                          untuk orang yang nak berjalan jauh.  (2[M/w/74])






               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 685 -
   693   694   695   696   697   698   699   700   701   702   703