Page 688 - Proceedings Collega2023
P. 688
Sementara itu, jumlah persamaan bagi perincian bahan yang digunakan menunjukkan jumlah yang
tinggi bagi jenis kuih yang dikukus iaitu 21 jenis, diikuti oleh 12 jenis bagi kuih yang digoreng, 8 jenis bagi
kuih yang dibakar, dan 4 jenis bagi kuih yang direbus. Perincian jumlah ini menyebabkan adanya keperluan
untuk diteliti apakah persamaan sumber bahan yang digunakan dalam penyediaan kuih-muih tersebut.
Kaedah Penyelidikan
Kaedah penyelidikan dalam kajian ini akan dibahagian kepada dua bahagian, iaitu bahagian
pemerolehan data dan bahagian penganalisisan data. Pemerolehan data dilaksanakan menerusi
penerapan kaedah analisis kualitatif lapangan etnografi terapan oleh Pelto (2016). Seramai 30 orang
responden telah dipilih, dengan 15 orang responden dari Malaysia dan 15 orang lagi responden dari
Thailand Selatan, melalui kaedah snowball yang biasa diamalkan dalam penyelidikan kualitatif untuk
memperoleh responden berkualiti dalam kajian kualitatif.
Kriteria utama pemilihan responden ialah seseorang yang diakui mahir dan berpengalaman luas
dalam penyediaan kuih-muih tradisional (berdasarkan cadangan daripada responden sebelumnya).
Kesemua mereka yang terpilih adalah wanita, yang berumur dalam lingkungan 65 hingga 89 tahun, dan
berpengalaman luas membuat kuih-muih tradisional Melayu (sering membuat kuih-muih, atau mereka
yang terlibat dengan perniagaan kecil-kecilan di tempat kediaman masing-masing). Sehubungan masalah
pandemik Covid-19 yang melanda dunia hingga terpaksa mengekang pergerakan semasa penyelidikan ini
dijalankan pada tahun 2020, maka kesemua responden telah ditemu bual secara maya melalui aplikasi
WhatsApp dan direkod menggunakan aplikasi Webex, dengan bantuan pembantu penyelidik dari kedua-
dua negara.
Gambar 1: Sesi berkenalan dengan responden
Penganalisisan data pula dijalankan melalui kaedah analisis tematik, iaitu analisis yang berfokus
kepada pengklasifikasian tema (Nowell et. al., 2017). Kaedah dimulakan dengan teknik soal selidik temu
bual terbuka berkisar kepada fokus utama kajian iaitu memperinci penghasilan kuih-muih tradisional
Melayu yang terdapat di Malaysia dan Thailand Selatan, khususnya mengenal pasti sumber bahan dari
halaman yang menjadi aset penting dalam penyediaan kuih-muih tradisional Melayu. Turut dicungkil ialah
berkenaan akal budi serta nilai dan pemikiran dari setiap pembikinan kuih-muih tersebut daripada aspek
pemilihan bahan sumber utama.
Setiap responden ditanda dengan tag bilangan responden, dan maklumat tambahan berkaitan
negara, jantina dan umur (contohnya tag 7[T/w/75] bermaksud responden bilangan ke-7, Thailand, wanita,
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 675 -

