Page 473 - Proceedings Collega2023
P. 473
Rasa akan dapat dikesan dan dirasai kehadirannya jika seseorang itu dirangsang dengan sesuatu peristiwa
atau fenomena di sekelilingnya. Lapan “rasa” yang mendasari emosi manusia ialah rasa kasih, riang, duka,
marah, bertenaga, takut, jijik dan hairan (Sohaimi Abdul Aziz, 1998, 48). Rasa sebagai pengalaman estetik
yang bermula dengan persepsi. Persepsi yang dimaksudkan ialah persepsi estetik dan persepsi literal.
Persepsi ini saling berkaitan antara keduanya. Persepsi estetik menyebabkan kualiti karya sastera
merangsang imaginasi dan merangsang emosi tetap pembaca. Persepsi literal pula bermula dengan
persepsi secara terus menerusi deria estetik seperti pendengaran dan penglihatan. Kedua-dua persepsi ini
akan membuatkan pembaca melalui tiga peringkat atau proses iaitu peringkat deria, imaginatif, dan
identifikasi.
Kesimpulannya, teori Rasa Fenomenologi merupakan gabungan dua teori yang akan menjelaskan tentang
aspek emosi dan sesuatu yang dapat dirasakan oleh pembaca melalui penghayatan dan pengalaman
pengarang. Emosi memainkan peranan penting terutama dalam berkongsi pengalaman dan cerita yang
dapat memberi kesan pengajaran kepada pembaca. Melalui emosi juga sesuatu karya itu akan menjadi
lebih menarik dan membuatkan pembaca merasai sesuatu dunia itu dengan sendirinya.
Analisis dan Perbincangan
Syair Negeri Patani adalah sebuah sastera yang memaparkan peristiwa sejarah kerajaan Melayu Patani
yang sangat berharga bagi rakyat Patani. Pengarang telah menyampaikan melalui beberapa teknik yang
menarik. Oleh kerana syair ini mengemukakan beberapa kisah suka dan duka yang dialami oleh
pemerintah dan juga rakyat. Maka tidak dapat dinafikan bahawa karya ini pengarang telah memasukkan
pelbagai rasa yang mewakili watak dan pembaca di mana tepat dengan apa yang dikemukakan oleh
Sohaimi Abdul Aziz (1998) bahawa kesan rasa wujud disebabkan pengarang menggunakan pengalaman
emosi beliau ke dalam karya agar timbul kesan rasa itu kepada khalayak pembaca untuk diambil iktibar
daripada watak-watak yang ada.
Jelaslah bahawa pengarang cuba memilih perkataan untuk menyentuh dan mempengaruhi emosi
pembaca. Walaupun, perkataan tersebut tidak dapat menunjukkan keindahan diksi, tetapi ia memberi
keindahan dari segi perasaan atau isi hati yang ingin disampaikan kepada pembaca. Ia sesuai dengan watak
yang wujud dalam teks. Pengarang telah memilih kata-kata dengan teliti walaupun ia tidak hebat, tetapi
dapat merangsangkan emosi kepada pembaca. Ia boleh dilihat sejak permulaan cerita sehinggalah
penghabisan ceritanya. Hal in telah ditegaskan oleh Sohaimi Abdul Aziz (1998) bahawa teori Rasa
Fenomenologi mempunyai hubungan yang erat antara karya, pembaca dan pengarang, iaitu melalui
proses pengkonkritan dalam teori. Selain kaedah kontekstual, pentafsiran terhadap tempat kabur dikawal
dengan merujuk unsur di luar karya seperti latar belakang, karya dan pengarang serta konvensi yang
digunakan. Rujukan ini dibuat sebelum berlakunya proses pengkonkritan, iaitu pada proses praestetik.
Proses pengkonkritan estetik dalam teori Rasa Fenomenologi melibatkan transformasi emosi tetap
menjadi emosi estetik hasil daripada pengkonkritan. Proses emosi tetap dan karya proses ini akan terjadi
secara serentak dalam minda pembaca yang aktif.
Estetika rasa yang wujud dalam Syair Negeri Patani dapat dikategori kepada empat rasa, iaitu rasa duka,
marah, kasih dan riang. Dalam konteks teori Rasa Fenomenologi, rasa-rasa ini membawa maksud yang
sama dengan emosi iaitu rasa duka (emosi sedih), rasa berang (emosi marah) dan lain-lain. Menurut teori
Rasa Fenomenologi setiap ekspresi sastera mempunyai korelatif objektif ataupun penentu tertentu
(Sohaimi Abd Aziz, 1998:117). Korelatif objektif menjadi inti bagi penulisan pengarang menerusi garapan
tema, plot, watak, latar, sudut pandangan, gaya bahasa, yang merupakan strategi teknik penulisan
pengarang. Pembaca pula, menerusi emosi dan mindanya akan mengesan korelatif objektif yang
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 460 -