Page 474 - Proceedings Collega2023
P. 474
dihidupkan oleh pengarang untuk membantu diri mereka berkomunikasi secara aktif melalui pembacaan
dan penghayatan tentang korelatif yang dihidupkan dalam karya.
1. Rasa duka
Rasa duka telah dipaparkan melalui kisah Ratu Hijau apabila cinta baginda tidak kesampaian. Ratu Hijau
adalah seorang pemerintah yang sangat hebat tetapi di sebalik kekuatan baginda, tersimpan kedukaan dan
kesedihan. Baginda mencintai Yang Di Pertuan Muda dari Johor. Pengarang telah menyusun kata-kata
untuk menggambarkan emosinya agar pembaca merasai kekecewaan dan kepahitan yang harus disimpan
di dalam hati. Bharata juga berkata “It grows from determinants such as affliction under curse. Separation
from dear ones loss of wealth, death, captivity, flight accident or any other misfortune” (Bharata, 1976).
Perisitiwa rasa duka Ratu Hijau kerana cintanya tidak kesampaian dapat dilihat melalui rangkap syair
berikut:
Baginda mangkat tidak ada suami.
Berkehendak barang yang berkata ini.
Sebelum mangkat datang anak raja.
Sebelum berangkat tunan anak saudara.
Yang Di Pertuan Muda dari Johor.
Sakit dada di dalam bercampur.
Bermusuh siang dan malam.
Barang yang jodoh membuat kasih sayang.
Hati yang terang menjadi kelam.
Dipercintai kekal siang dan malam.
Rasa duka yang terdapat dalam syair ini merangkumi golongan sama ada rakyat dan juga pemerintah. Rasa
sebegini tidak harusnya berlaku pada pemerintah yang merupakan golongan yang mempunyai
kesempurnaan dari segi harta dan pangkat. Namun sebagai manusia, pengarang telah memberi gambaran
yang normal kepada pembaca supaya mengenali dan memahami jiwa manusia terutama yang menjadi
pemerintah bahawa manusia bukanlah makhluk yang sempurna. Rasa suka dan duka tetap wujud dalam
diri manusia tanpa mengenal darjat. Ratu Hijau tidak bersuami walaupun dia mempunyai hak untuk
memilih pasangan tetapi baginda tidak sanggup merampas Yang Di Pertuan Muda dari Ratu Kuning.
Akibatnya baginda terpaksa menangggung sedih keseorangan. Selain itu, rasa duka muncul dalam watak
Ratu Biru apabila baginda dibenci oleh Ratu Hijau. Penderitaan, kesedihan dan perasaan pilu dapat dialami
oleh pembaca melalui rangkap syair berikut:
Sakit sangat badan ku tuan.
Siang dan malam manaruh merawan.
Bunga tayung di dalam kolam.
Sudah termenulah baginda seorang
Rasa duka yang terakhir dapat dirasai oleh pengarang sendiri yang telah mewakili rakyat Patani (pembaca)
dalam menyampaikan kedukaan apabila Patani telah jatuh di tangan Siam. Kota yang dahulunya makmur
itu telah hancur musnah. Lihat rasa duka melalui rangkap syair berikut:
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 461 -