Page 470 - Proceedings Collega2023
P. 470
dan tidak pernah padam. Namun begitu, Syair Negeri Patani sekirannya dikaji dengan mendalam terdapat
beberapa cerminan yang boleh dikemukakan kepada masyarakat yang bukan sahaja terhadap sejarah
kedaulatan negeri pada masa silam. Hal ini kerana ia sarat dengan nilai kehidupan orang Melayu pada
zaman tersebut. Oleh itu, Syair Negeri Patani perlu dibincang dari konsep estetika rasa yang akan
membawa masyarakat kini memahami perasaan, pemikiran dan pandangan orang Melayu pada zaman
silam terhadap sejarah perkembangan kerajaan Melayu Patani.
Syair Negeri Patani mengandungi pelbagai catatan silam tentang sejarah pembentukan negeri Patani sejak
dari awal hinggalah runtuhnya kerajaan. Manuskrip Syair Negeri Patani sudah lama berada dalam
simpanan Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur (MS182) tetapi
perbincangan terhadapnya masih sedikit jumlahnya. Terdapat sebuah tesis yang dihasilkan oleh
Suryaningrum dengan tajuknya “Syair Negeri Patani”: Suntingan Teks dan Analisis Semiotik (2013) dari
Universitas Sebelas Maret, Indonesia dan sebuah artikel yang dihasilkan oleh Jelani Harun, Universiti Sains
Malaysia yang bertajuk “Negeri Patani Sudah Hilang” Membicarakan Suara Hati Pengarang Syair Negeri
Patani pada tahun 2015. Jadi kedua-dua ini adalah tulisan yang membincangkan Syair Negeri Patani dari
konsep yang berbeza. Maka dapat dikatakan bahawa karya ini telah menjadi tumpuan pengkaji dari luar
untuk menggali pemikiran pengarang yang berasal dari bumi Patani.
Manuskrip
Nama pengarang Syair Negeri Patani tercatat pada bahagian kolofon, iaitu bernama Wan Ismail yang
berasal dari Padang, Pattani. Namun begitu, latar belakang kehidupan pengarang masih belum ditemui.
Tarikh penulisan syair telah dicatat oleh pengarangnya pada bulan Syawal tahun 1351 bersamaan dengan
tahun 1933 Masihi. Ia boleh dilihat melalui rangkap berikut:
R 893 Habis fikir segala yang pening ,
Akhirlah syair hamba ini.
R 894 Wan Ismail di Padang,
Habislah syair sejarah Padang.
R 898 Tamatlah Syair Negeri Petani ini pada hari
Thalatha bulan Syawal akhir
Wan Ismail Padang,
Petani wallahu’alam sanah 1351.
Syair Negeri Patani berukuran 22 sm*15 sm yang terdiri daripada 41 halaman dengan bertulisan Jawi.
Secara keseluruhannya manuskrip ini mengandungi sejumlah 898 rangkap syair yang tersusun dalam dua
baris serangkap. Biasanya syair Melayu terdiri daripada empat baris serangkap. Walau bagaimanapun,
terdapat juga syair Melayu yang terdiri daripada dua baris serangkap atau tiga baris serangkap. Rima syair
Melayu pula biasanya terdiri daripada a-a-a-a, tetapi terdapat juga syair-syair Melayu yang mempunyai
rima yang lain daripada itu (Harun Matpiah, 1989: 231-242). Daripada pernyataan ini jelas bahawa Syair
Negeri Patani mempunyai bentuk yang berbeza dari yang ditentukan, iaitu satu rangkap dua baris dan
setiap rangkap ada yang mempunyai rima a-a- dan a-b.
Selain itu, terdapat penggunaan dakwat berwarna hitam dan merah dalam tulisan Jawi. Manakala kertas
pula masih dalam keadaan baik, tetapi ada beberapa muka surat yang sudah rosak dan koyak serta
berlubang. Menurut Jelani Harun (2015: 71) manuskrip ini sudah dibaikpulih oleh pihak Dewan Bahasa
dan Pustaka, berjilid dengan benang dan berkulit kertas berwarna biru. Semua rangkap syair tersusun
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 457 -