Page 478 - Proceedings Collega2023
P. 478
Buat telaga pelihara hudan
Tanah subur tidak payah
Doa makbur menjaga ayahanda
Kesimpulan
Syair Negeri Patani adalah contoh yang menarik dari karya sastra Melayu klasik yang kaya dengan
estetika rasa. Melalui analisis sastera, dapat mengidentifikasi berbagai elemen estetika rasa dalam syair
ini seperti duka, marah, kasih dan riang. Kajian ini juga telah menjelaskan bagaimana estetika rasa ini
memengaruhi pembaca dan menciptakan pengalaman estetika yang mendalam. Syair Negeri Patani
bukan hanya sebuah karya sastera, tetapi juga sebuah karya seni yang memengaruhi perasaan dan emosi
pembaca, serta mempromosikan budaya dan identiti Negeri Patani. Penelitian ini menjadi langkah awal
dalam memahami dan menghargai nilai estetika rasa dalam sastera Melayu klasik. Keempat-empat rasa
ini merupakan keindahan yang meliputi emosi asas manusia yang terdiri daripada perasaan suka, duka,
marah dan kasih. Hakikat bahawa pengarang mengarang puisi daripada empat emosi asas manusia
tidaklah sukar bagi pembaca untuk memahaminya. Setiap emosi telah disampaikan dengan kata-kata
yang mendalam dan kadang-kadang menimbulkan perasaan terharu. Setiap patah perkataan yang
dikarang oleh pengarang pada setiap bahagian dan setiap perenggan syair dapatlah dikatakan bahawa
Syair Negeri Patani ialah sebuah puisi Melayu Patani yang dicipta oleh pengarang berdasarkan keindahan
bahasa dan keindahan sastera. Melalui pengaplikasian teori rasa-fenomenologi dapat dilihat bahawa ia
merupakan sebuah syair yang mementingkan keindahan rasa yang muncul dari pelbagai faktor terutama
faktor pengalaman peribadi pengarang, persekitaran dan pengalaman pembaca dalam mencari makna
syair ini. Teks ini dapat menemukan pengarang dan pembaca dengan rasa yang selari sehingga dapat
mencapai matlamat pengarang.
Rujukan
Ensiklopedia. (1997). Aznagain Sendirian Berhad.
Harun Matpiah. (1989). Puisi Melayu Tradisional: Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jelani Harun, 2015. “‛Negeri Petani Sudah Hilang’: Membicarakan Suara Hati Pengarang
Syair Negeri Petani.” Kertas kerja Diskusi Karya Patani, 28 Mei 2015, Dewan
Persidangan, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatn, USM, Pulau Pinang.
Kamus Besar Bahasa Indonesia.(2001). (edisi Ketiga). Balai Pustaka: Department
Pendidikan Nasional.
Kamus Dewan. (Edisi Keempat). (2004). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mas Ryna Wati Ahmad dan Muhd Khalil Khiruddin. “Teori Rasa Fenomenologi dalam
Novel Nenek.” Kolokium Sisawazah Bitara Melayu, Disember 2022, Bangi,
Malaysia
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 465 -