Page 475 - Proceedings Collega2023
P. 475

Belas dan kesian jantan betina.
                                     Habis berasa terpeling budaya.
                                     Alah perang maka ditawankan.
                                     Sekelian orang jantan betina.

                                     Bawa{h} balik ke negeri Siam.
                                     Tiada boleh kuleh kawan.
                                     Perempuan lagi budak-budak.
                                     Barang yang lawan hamba tidak.
                                     Siang malam menangis atas kapal.
                                     Cucuk dengan rotan jangan gelempar.

               Sebagaimana yang ditekankan oleh Bharata, rasa duka atau dikenali sebagai emosi sedih ini banyak
               terakam di dalam Syair Negeri Patani. Rasa duka atau emosi sedih ini menjadi emosi yang dominan dalam
               syair ini sama ada kesedihan itu dirasai oleh pemerintah ataupun rakyat.

               2. Rasa marah
               Menurut Sohaimi Abdul Aziz (1998) rasa berang menjadi satu ekspresi sastera yang telah dirakam oleh A.
               Samad Said dalam beberapa karyanya. Antara korelatif objektif yang dapat diasosialisasikan dengan rasa
               berang ialah: …such an anger, rape, abuse, insult, untrue allegiation, exorcizing, threatening,
               revengefulness, jealousy and the like (Bharata, 1976). Rasa berang (dalam konteks penghasilan karya)
               ialah emosi marah. Korelatif objektif rasa berang wujud apabila seseorang itu ditipu, dikhianati,
               perbuatan yang menyakitkan hati, perbuatan yang melanggar norma masyarakat dan lain-lain

               Rasa marah adalah satu lagi estetika rasa sastera yang terdapat dalam Syair Negeri Patani.  Pengarang
               telah menyampaikan perasaan Ratu Kuning selepas Yang Di Pertuan Muda membawa penari lari
               bersama-sama baginda di tempat kejauhan. Baginda sangatlah marah terhadap Yang Di Pertuan Muda.
               Dalam peristiwa ini terdapat dua episod kemarahannya. Episod pertama, ketika Yang Di Pertuan Muda
               melarikan diri bersama penari, baginda telah bertitah untuk membunuh kedua-duanya. Walaupun tiada
               siapa yang berani melakukannya.
                              Sangat susah mahkota.
                              Melihat Pertuan Muda gila.
                              Ra{n}tap baginda tiap-tiap hari.
                              Dibuat Pertuan Muda isteri.
                              Barang siapa yang mematikan.
                              Maharaja muda aku tidak sayang.

               Episod kedua, ketika Yang Di Pertuan Muda sudah sedarkan diri, baginda hendak balik ke istana. Ratu
               Kuning bertitah Yang Di Pertuan Muda dengan perasaan marah dengan memakaikan caping supaya dapat
               mengelak daripada berlaku perkara sumbang.

                              Tuan Muda bersama-sama baginda.
                              Sakit dada ingat Pertuan (Muda.)
                              Baginda perintah paka caping.
                              Barang yang supah seperti anjing.

                       Satu lagi perisitiwa apabila Ratu Biru memarahi dua orang saudagar yang menyeludup tembaga
               setelah dia mengharamkannya sepenuhnya dan sekiranya ada sesiapa yang melanggar perintah baginda,


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 462 -
   470   471   472   473   474   475   476   477   478   479   480