Page 477 - Proceedings Collega2023
P. 477

3. Rasa kasih

                        Rasa kasih juga muncul dalam Syair Negeri Patani. Ia terdiri daripada emosi cinta dan
               bercumbu- bercumbu. Ia telah dipaparkan oleh pengarang semasa yang Yang Di Pertuan Muda menggilai
               penari sama ada ketika bangun dari tidur atau lelap disebabkan kuasa sihir. Ketika inilah yang Yang Di
               Pertuan Muda dan penari telah melarikan diri ke dalam hutan yang jauh dari istana untuk berasmara.
               Pengarang telah melukiskan kejadian tersebut melalui rangkap syair berikut.
                              Lalu bermimpi bangsawan muda.
                              Melihat bulan jatuh ke dada.
                              Cahaya lemahnya di dalam istana.
                              Lalu disambut muda teruna.
                              …………………..
                              Lalulah bermadah puteri Syahida.
                              Marilah mandi ayuhai adinda.


               4. Rasa riang
                         Syair Negeri Patani mempunyai keunikan tersendiri. Walaupun isinya berkaitan dengan
               peperangan antara Siam dan Patani khususnya sejarah pemerintahan raja-raja Patani. Namun begitu
               apabila dikaji didapati syair ini mempunyai nilai keindahan dari aspek rasa seperti rasa suka. Ia boleh
               dilihat berdasarkan beberapa bahagian yang dipaparkan oleh pengarang. Antaranya ialah ketika
               pengarang mengemukakan kebesaran dan kehebatan kerajaan Patani yang menunjukkan rasa riang dan
               gembira terhadap perkara tersebut.

                        Sebagai contoh rangkap syair yang menunjukkan keunggulan kota mahligai melalui rangkap
               berikut:

                              Kota ini yang bernama Mahligai.
                              Berkata ini supaya kekal.
                              Di tepi kota menggali parit.
                              Pasang api di dalam bilik.
                              Untuk menjaga musuh.
                              Barang di dihaga membuat (taruh).
                              Parik ini kiling kota baginda.
                              Barang yang kelih dengan (mata).
                              Rakyat baginda taat sentiasa.
                              Membuat kota sudah (dikir).

                        Selain itu, terdapat juga rasa riang apabila melihat kesetiaan rakyat terhadap raja dan kesuburan
               bumi Patani sehingga sering diperkatakan oleh negara asing.

                              Membuat kota rakyat setiasa.
                              Selalulah dilukat dengan bata.
                              Satu tahun lapan bulan sudah.
                              Segala tukang banyak susah lelah.
                              Duduklah baginda serta keluarga
                              Gali telaga di dalam kota
                              Rakyat bekerja mencari makan


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 464 -
   472   473   474   475   476   477   478   479   480   481   482