Page 476 - Proceedings Collega2023
P. 476

akan  dijatuhkan hukuman mati. Dalam episod ini, Ratu Biru amatlah marah terhadap dua orang saudagar
               tersebut kerana berani melanggar perintah baginda. Akhirnya mereka diikat dengan tali dan dijatuhkan
               hukuman mati sehingga terhasilnya cerita kubur Tok Panjang yang tidak diterima oleh bumi sehingga
               terpaksa dihanyut ke dalam laut. Perasaan marah telah dipaparkan pengarang melalui petikan berikut:


                              Bernafas ia mengeluar hawa.
                              Serta diikat mereka berdua
                              Bertempiklah ia seperti guruh
                              Siapa mendengar hati luruh.
                              .............
                              Sekaligus telan akan hilang
                              Beberapa lama engkau duduk betapa
                              Seorang manusia yang telah deraka.


                       Satu lagi episod marah yang digambarkan oleh pengarang iaitu ketika Raja Aisyah kehilangan anak
               tercinta kerana dibunuh oleh orang yang dipercayainya. Mereka sanggup meragut nyawa seorang kanak-
               kanak yang berusia sembilan tahun  untuk memuaskan nafsu sendiri. Lihat rangkap syair berikut:
                              Raja Aisyah tercemuh muka
                              Barang yang derhaka telah bunuh kita
                              Tidak kuasa orang derhaka
                              Biarlah bunuh orang belaka
                              Tiada harus dipandang muka
                              …………………….
                              Sangat getar sendi berkata.
                              Barang yang benci boleh dikata.
                              Semua dilihat permasuri.
                              Kesihan belas tidak terperi.


                       Sebenarnya Syair Negeri Patani kaya dengan perasaan marah yang sangat berkobar-kobar
               terutama para raja yang terdiri daripada kalangan puteri yang terpaksa menghadapi peristiwa yang perit
               dalam hidup mereka sama ada dari aspek kehidupan peribadi mahupun yang berkaitan dengan
               pemerintahan.
                       Satu  lagi  episod  kemarahan  yang  diutarakan  oleh  pengarang,  iaitu  apabila  Permaisuri  Raja
               Muzaffar telah melahirkan seorang anak lelaki selepas kematian Raja Muzaffar, dengan memberi nama
               "Patek Siam" sebagai nama sempena kunjungan baginda ke negeri Siam. Perkataan "Patek Siam" berasal
               daripada  bahasa  Thai  "Siam",  yang  dipandang  rendah  sebagai  nama  yang  hina  dan  tidak  bermaruah.
               Permaisuri hanya menyalahkan takdirnya di atas pemergian suaminya.

                              Patik Siam bernama pesan ayahanda.
                              Apapun Patik serta baginda alam.
                              Isteri menangis seraya berkata.
                              Sudahlah untung malang k








               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 463 -
   471   472   473   474   475   476   477   478   479   480   481