Page 468 - Proceedings Collega2023
P. 468

ESTETIKA RASA DALAM SYAIR NEGERI PATANI: ANALISIS RASA
                                                   FENOMENOLOGI



                                      Aminoh Jehwae, Saliha Musor dan Wilaiwan Kaje

                                        Universiti Prince of Songkla, Pattani, Thailand

                                                    aminah.y@psu.ac.th

                                                  salmi_hah@hotmail.com

                                                   k.wilaiwan@gmail.com



                                                           Abstrak

                       Syair Negeri Patani merupakan khazanah sastera yang kaya dengan nilai estetika. Estetika rasa
               dalam syair merupakan penjelmaan seni yang mendalam dan emosional dalam menciptakan hubungan
               antara  penulis,  karya  dan  pembaca.  Kajian  ini  dijalankan  bertujuan  untuk  mengenal  pasti  serta
               menganalisis kewujudan estetika dalam Syair Negeri Patani dengan menggunakan kaedah kepustakaan
               dan analisis teks. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat pelbagai rasa yang diujarkan dan dinyatakan
               dalam  syair  tersebut.  Maka  ia  melibatkan  empat  rasa  utama,  iaitu  duka,  marah,  kasih  dan  riang
               bersesuaian dengan teori Rasa Fenomenologi yang dipilih. Kajian turut mencerminkan bahawa perkataan,
               ungkapan atau simbol yang digunakan dapat mewujudkan kepelbagaian rasa yang lahir dari pengalaman
               estetik  sama  ada  penulis  dan  juga  pembaca.  Berdasarkan  kajian  ini,  dapat  dirumuskan  bahawa
               pengalaman  estetik  mempunyai  perhubungan  rapat  dengan  penghasilan  dan  penghayatan  syair.
               Pengaplikasian Teori Rasa Fenomenologi dalam syair ini telah berjaya mewujudkan pengalaman estetik
               yang amat menyeronokkan dan memberikan kesan yang mendalam kepada pembacanya.


               Kata Kunci: estetika, rasa, fenomenologi, syair, Patani
























               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 455 -
   463   464   465   466   467   468   469   470   471   472   473