Page 451 - Proceedings Collega2023
P. 451

menjadikan ungkapan pantun mempunyai nilai estetika yang membaur perasaan, selain dari menguja
               minda seseorang untuk berfikir selepas menikmati serangkap dua pantun.

                       Interaksi  minda  dan  naluri  inilah  yang  menjadi  kerangka  penelitian  Mohd  Taib  Osman  (1996)
               terhadap genre pantun. Selain meneliti pantun dari lensa artifek budaya sebagai satu keseluruhan warisan
               budaya Melayu, beliau mendapati pencipta pantun berjaya meletakkan pemikiran yang berfalsafah dan
               tersusun walaupun elemen naluri seseorang manusia itu mungkin mendorong mereka untuk meluahkan
               perasaan  mereka  yang  marah,  tidak  puas  hati  atau  berdendam.  Taib  Osman  (1996:  11)  menegaskan
               bahawa menerusi pantun, naluri manusia yang asas itu “disaluti dengan pengamatan hidup yang bijaksana
               iaitu sublime dengan falsafah.”

                       Elemen pemikiran dalam pantun pula melibatkan refleksi rasional manusia yang mengatasi naluri
               asas manusia. Hal ini dijelaskan lagi oleh Taib Osman (1996: 11) yang menunjukkan contoh pantun tentang
               kekecewaan dan kehibaan seseorang itu dirasionalkan melalui makna pantun yang menyarankan sesuatu
               itu berlaku di luar kuasa manusia seperti dalam pantun berikut:



                                     Panjanglah rumpur di permatang

                                            Disabit orang Inderagiri;
                                            Disangka panas hingga ke petang

                                            Rupanya hujan di tengah hari.

               Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia dan Pelestarian Pantun

                       Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai organisasi teraju dalam bidang bahasa, kesusasteraan
               dan kebudayaan di Malaysia telah sekian lama melakukan pelbagai usaha untuk memartabatkan bahasa
               Melayu. Hal ini termasuklah agenda melestarikan pantun di bawah teras strategik bahasa Melayu sebagai
               bahasa ilmu. Wawasan ini termaktub apabila pantun turut dimasukkan dalam Pelan Strategik 2021-2025
               oleh  DBP.  Berikutan  itu  DBP  akan  membina  dan  memperkasa  data  raya  bahasa  Melayu  dengan
               memperbanyak korpus pantun dalam bentuk digital. Usaha ini dilakukan antaranya menerusi portal Pusat
               Rujukan Persuratan Melayu yang memuatkan pantun-pantun terbitan DBP (Hafizah, 2023).
                            DBP masih meneruskan tugas pengumpulan pantun kerana tidak semua pantun di seluruh alam
               Melayu ini sudah direkodkan. Usaha pihak DBP kini dilakukan untuk  merekodkan banyak lagi pantun klasik
               yang diwarisi secara lisan dan masih berlegar dalam kalangan kelompok masyarakat tertentu. Selain itu,
               DBP turut memperluaskan skop penyelidikan dan pengumpulan pantun yang tidak terhad kepada orang
               Melayu bahkan meliputi pelbagai etnik di seluruh Malaysia juga dilakukan (Hafizah, 2023).
                       Selain  itu  dalam  usaha  melestarikan  pantun  juga,  DBP  juga  sedang  berusaha  untuk
               memperkasakan pantun dengan menumpukan kepada usaha mempopularkannya di ruang awam dengan
               kerjasama  agensi kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, hospital, dan lapangan terbang. DBP juga
               memberi  perhatian  kepada    potensi  alih  wahana  pantun  dalam  media  baharu  misalnya  menerusi
               kerjasama  dengan  pelbagai  pihak.  Misalnya  tahun  lalu,  DBP  dengan  kerjasama  Unit  Drama  TV,  RTM
               memilih beberapa rangkap pantun terpilih untuk diadaptasi kepada drama 10 episod sempena sambutan
               hari kebangsaan 2022 dengan tajuk Pekan Kecil Kampung Terpencil. (Hafizah, 2023).



               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 438 -
   446   447   448   449   450   451   452   453   454   455   456