Page 455 - Proceedings Collega2023
P. 455
Apabila mengerat betung
Jangan sampai terluka jari
Apabila mendapat untung
Janganlah sampai lupa diri
(Khazanah Pantun Melayu Riau DBP, 2007; hantaran pada 18 Ogos 2023)
Penggunaan unsur alam seterusnya jelas boleh dinilai mengikut Pengkaedahan Alamiah dalam
pantun berikut:
Sejak meranting tangkai mempelam,
Banyaklah rotan tumbuh di padang;
Sejak kucing pandai menyelam,
Banyaklah ikan menempah pedang.
(Khazanah Pantun Melayu Riau, DBP, 2007; hantaran pada 8 Ogos 2023)
Penggunaan unsur alam seperti tangkai, ranting mempelam, rotan dan padang menunjukkan
elemen dan ruang alam semulajadi yang berkembang dan berubah seiring peredaran masa. Tempoh masa
yang lama diperlukan oleh tangkai pohon mempelam untuk tumbuh besar menjadi ranting dinisbahkan
kepada tempoh pohon rotan untuk tumbuh dan membesar pada masa yang sama. Pohon rotan biasanya
mengambil masa antara tujuh sehingga 10 tahun untuk matang. Pada dimensi yang lain, ia memberi
makna yang relatif sesuai dengan andaian jika suatu masa nanti kucing boleh menyelam, bermaksud
bahawa perkara mustahil boleh sahaja berlaku walaupun ianya mengambil masa yang agak lama. Oleh itu,
sebagai manusia, kita dinasihatkan agar bersedia untuk menghadapi senario yang secara relatifnya boleh
berlaku walaupun akan memakan masa yang lama.
Pantun Melayu juga boleh dianalisis mengikut Pendekatan Moral seperti mana yang disarankan
oleh teori Pengkaedahan Melayu (Hashim Awang, ?: 332). Dalam konteks ini sastera Melayu akan memberi
manfaat yang lebih besar dan bukannya hanya berfungsi sebagai sebuah benda. Ada pengalaman dan dan
pengajaran yang boleh diambil sebagai tauladan kepada setiap anggota Masyarakat. Aspek moral dapat
diteliti dalam rangkap pantun berikut:
Niat hati memasak sayur,
Sayang segan menggiling lada;
Hajat hati hendak menegur,
Sayang tuan berpaling muka.
(Kurik Kundi Merah Saga DBP, 2005; hantaran pada 15 Ogos 2023)
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 442 -