Page 450 - Proceedings Collega2023
P. 450

Mohd  Taib  Osman  (1996) menegaskan  komunikasi  melalui  pantun  disyaratkan  oleh  kehendak
               sosial (social convention) yang membawa nilai kemasyarakatan. Taib seterusnya menyatakan penggunaan
               pantun  dalam  ucapan  misalnya  akan  menaikkan  prestij  pemantun  selain  menambah  kemeriahan  dan
               meningkatkan status majlis dan penganjurnya. Justeru itu, tidak hairanlah pantun kekal relevan disebabkan
               ciri khususnya dalam komunikasi yang memenuhi fungsi sosial, selain daripada estetika.

               Elemen kreativiti dalam pantun


                       Hakikat bahawa pantun terhasil dalam tradisi lisan oleh masyarakat yang buta huruf mewajarkan
               proses penciptaannya dibentuk dengan kreativiti  yang tersusun dan rapi. Hal ini demikian kerana sifat
               pantun yang perlu indah dan menarik, bagi memenuhi fungsi komunikatifnya. Oleh kerana pantun pada
               awalnya tidak bertulis, kekuatan daya ingatan pemantun adalah amat penting bagi memastikan pantun itu
               dapat diulang guna dalam konteks tertentu. Bagi memudahkan proses mengingat, pemilihan perkataan
               yang indah dan menarik adalah sangat penting untuk menterjemah mesej dalam penggunaan bahasa yang
               padat dan tersusun. Intonasi suara menaik dan menurun ketika berpantun adalah sangat penting bagi
               menjamin  keberkesanan  komunikasi  antara  pemantun  dan  khalayak.  Justeru,  elemen  kreativiti
               memainkan peranan yang sungguh penting.

                       Proses mengarang pantun berkaitan dengan kreativiti dan keupayaan rasa seseorang pemantun
               bagi membentuk rangkap yang baik dari beberapa aspek seperti mematuhi hukum rima (hujung, tengah),
               mencipta ritma (jeda, aliterasi, asonansi, perulangan), mengawal dan menyusun baris, menghitung suku
               kata, memilih dan menulis pembayang, merenung idea dan memastikan hubungan antara idea dengan
               metafora (Siti Hajar, 2013).

                       Proses kreativiti dalam penciptaan pantun membawa nilai-nilai sosial dan menampakkan jurus
               pandang anggota masyarakat dalam sesebuah konteks tertentu. Dari segi penyampaian (delivery), pantun
               disampaikan dengan susunan intonasi kata yang indah dan bersesuaian dalam budaya Melayu. Komponen
               pembayang  dan  maksud  yang  menjadi  ciri  utama  pantun  mementingkan  elemen  keindahan  dan
               keseimbangan  dalam  strukturnya.  Keseimbangan  rima  dan  rangkap  misalnya  memerlukan  kreativiti
               pemantun. Dalam kesemua jenis pantun, bentuk empat rangkap adalah yang paling popular. Pemantun
               perlu memastikan suku kata yang dipilih dalam membentuk rangkap pantun memenuhi format selain
               disalut unsur kreatif.

                       Kebolehan seseorang pemantun dalam menyulam kreativitinya biasa dihubungkan dengan faktor
               alam sekeliling dan pengalaman pemantun. Pantun dan alam sekeliling menjadi teras penciptaan pantun
               apabila pemantun menggunakan unsur-unsur alam sebagai pembayang dan menghubungkannya dengan
               maksud  pantun.  Kecantikan  seorang  wanita  biasanya  dihubungkan  dengan  unsur  alam  seperti  bulan
               purnama, bintang kejora dan bunga mawar. Menurut Wan Abdul Kadir Wan Yusoff dan Ku Zam Zam Ku
               Idris (1996: 99-100), suasana kehalusan dan keindahan alam sekitar dapat memberikan inspirasi yang
               mempengaruhi rasa hati dan perasaan masyarakat untuk dinyatakan dalam kehidupan harian mereka.

               Elemen pemikiran dalam pantun


                       Penelitian terhadap pantun dalam korpus ilmiah mendapati adanya tautan antara perasaan dan
               minda dalam proses penciptaan dan penghasilan kandungan sesebuah pantun. Keupayaan intelektual
               pencipta  pantun  diadun  bersama  pemilihan  kata-kata  yang  lahir  dari  hati.  Hal  ini  demikian  akan




               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 437 -
   445   446   447   448   449   450   451   452   453   454   455