Page 448 - Proceedings Collega2023
P. 448

menarik  perhatian  para  pengguna  media  sosial  kerana  ianya  dimuatkan  pada  tempoh  masa  tertentu
               dengan mengambil kira sentimen awam dan selalunya berkait rapat dengan isu semasa. Tidak hairanlah
               ada di antara hantaran pada media sosial DBP mencetuskan perdebatan secara populis di media sosial.
               Misalnya, pantun yang dikongsi pada laman X (Twitter) DBP pernah dikritik hebat kerana menonjolkan bias
               patriarki dan melihat fungsi wanita hanya pada tugas domestik semata-mata (Hafizah, 2020).  Oleh itu,
               kajian ini adalah signfikan untuk melihat elemen kreativiti dan pemikiran yang menjadikan pantun warisan
               terus relevan.

               Sorotan Literatur


               Pantun: Perspektif Sejarah dan Struktur


                       Pantun wujud dan berkembang dalam tradisi lisan. Oleh yang demikian, usaha menjejak susur
               galurnya menjadi agak sukar dan rumit. Secara etimologinya, pantun jika dirujuk kepada akar kata tun
               dalam bahasa Nusantara adalah sesuatu yang teratur dan lurus secara konkrit ataupun abstrak (Harun Mat
               Piah,  1997:  106).  Ia  juga  dikatakan  sebagai  bentuk  atau  cara  yang  teratur  dalam  melahirkan  sesuatu
               perasaan.  Muhammad  Haji  Salleh  dan  Bazrul  Bahaman  (2000:9)  merumuskan perkataan  tun’  sebagai
               ‘keteraturan’ yang lama wujud dalam bahasa-bahasa Austronesia. Dalam bahasa Tagalog misalnya, kata
               ‘toton’ bermaksud pengucapan yang tersusun dan teratur.
                       Dictionary English Malayo, Malayo and English oleh Thomas Bowrey (1701) memberi makna kata
               ‘pantun’ sebagai: ‘Pantoon, Meeter, Rhime, a Poem.’ Kamus tertua ini memperlihatkan maksud pantun
               sebagai bentuk puisi dan matra dan rima, sebagai ciri sifat teknikal pantun.  Definisi pantun pada akhir
               abad ke-19 dan awal abad ke-20 menjurus kepada makna pantun sebagai bentuk puisi dan dinyatakan
               dengan tegas bahawa pantun adalah hak milik Melayu asli.  Hal ini diperkukuhkan oleh kenyataan Pendita
               Za’ba  (2000:  672)  yang  menyatakan  pantun  adalah  ciptaan  asli  orang  Melayu  yang  menjadi  bahtera
               semangat ataupun soul mereka.

                       Pantun menjadi bukti kearifan dan kebijakan Melayu dan memperlihatkan dialog yang berterusan
               antara manusia dan alam. Tenas Effendy (2007: 9) menyatakan ‘rendang kayu kerana daunnya, terpandang
               Melayu kerana pantunnya.’ Muhammad Haji Salleh (2018) pula memetik kenyataan Za’ba dalam Pelita
               Bahasa Melayu I-III (2000) bahawa pantun yang berasal dari tradisi lisan adalah pencapaian terbaik dan
               usaha  penuh  ketelitian  oleh  nenek-moyang  orang  Melayu  yang  tidak  mempunyai  sistem  tulisan  yang
               sistematik tetapi dapat menuturkan bentuk kata berirama yang sungguh indah dan memenuhi format
               asasnya iaitu elemen pembayang dan maksudnya. Tidak hairanlah jika kehebatan pantun Melayu telah
               memberi  inspirasi  kepada  sastera  Barat  seperti  Victor  Hugo,  seorang  penyair  terkenal  Perancis  yang
               mengadaptasikannya  sebagai  Pantoum  dan  menjadi  ikutan  para  penyair  Perancis  yang  lain.  Pengaruh
               pantun  kepada  kesusasteraan  Perancis  menjadikannya  sebagai  bentuk  puisi  paling  sofistikated  (Daillie
               Francois-Renē, 2002: 17-21).

                       Jika  pantun  boleh  disifatkan  sebagai  pengembara,  ianya  telah  bergerak  ke  seluruh  pelosok
               Kepulauan Melayu dan mempunyai variasi yang tersendiri, tetapi tetap mengekalkan asas bahasa berirama
               dan  pembayang  serta  maksud  yang  penuh  keindahan.  Kajian oleh  Muhammad  Haji  Salleh  dan  Bazrul
               Bahaman pada 1999 mendapati adanya bentuk empat rangkap pantun dalam 39 dialek Melayu dan 25
               bahasa  bukan  Melayu.  Misalnya  pantun  dalam  dialek  Sumatera  seperti  Langkat/Deli/Serdang,  Jambi,
               Minangkabau, Kerinchi, Daik, Bengkalis dan Penyengat telah direkodkan. Selain itu, pantun dalam variasi


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 435 -
   443   444   445   446   447   448   449   450   451   452   453