Page 452 - Proceedings Collega2023
P. 452

Pendekatan Teoritikal dan Kaedah Kajian


                       Kajian ini akan menggunakan pendekatan kualitatif dalam menganalisis data berupa pantun yang
               dijadikan  hantaran  pada  laman  Facebook  dan  aplikasi  Telegram  DBP.  Bagi  melihat  elemen  pemikiran,
               pengkaji menggunakan analisis teks yang dilihat dari Pengkaedahan Melayu. Setiap unit pantun dalam
               sampel terpilih dari hantaran di laman media sosial DBP telah dianalisis mengikut kerangka Pengkaedahan
               Melayu. Pengkaedahan Melayu diperkenalkan oleh Hashim Awang (1994) dan telah digunakan oleh para
               sarjana dalam kajian kesusasteraan Melayu. Teori ini dibangunkan antara lainnya untuk menggunakan
               teori dan pengkaedahan sendiri dalam meneliti karya kesusasteraan Melayu supaya ianya bersesuaian
               dengan nuansa karya tempatan dan tidak dipandu oleh teori sastera Barat atau asing.

                       Hashim  Awang  telah  mengenengahkan  dua  pengkaedahan  sebagai  komponen  Pengkaedahan
               Melayu. Kedua-dua pendekatan adalah seperti berikut:

                         i.            Pengkaedahan Alamiah
               Pengkaedahan  Alamiah  merujuk  secara  langsung  kepada  faktor  alam  yang  menjadi  latar  kehidupan.
               Pendekatan  Gunaan,  Pendekatan  Moral  dan  Pendekatan  Firasat  adalah  komponen  yang  melengkapi
               Pengkaedahan Alamiah.



                       ii.            Pengkaedahan Keagamaan
               Pengkaedahan ini adalah pendekatan yang berdasarkan kepada keimanan yang bersendikan akidah agama
               Islam.  Dalam  pendekatan  ini  terdapat  tiga  pendekatan  yang  saling  berhubungkait  iaitu  Pendekatan
               Dakwah, Pendekatan Masyarakat dan Pendekatan Seni.

                       Bagi  menganalisis  elemen  kreativiti  dalam  sampel  pantun  terpilih  pula,  analisis  teks  akan
               digunakan  bertujuan  menunjukkan  dimensi  kreativiti  dari  sudut  pemilihan  perkataan,  simbol  dalam
               pembayang dan makna pantun dan gabung jalin antara pembayang dan maksud yang melengkapi format
               pantun dan falsafah di sebalik pantun.

               Dapatan dan perbincangan

                       Bagi tujuan penelitian, semua pantun yang disiarkan dalam platform Facebook dan Telegram DBP
               dalam tempoh sebulan pada tahun 2023  adalah bersesuaian sebagai sampel kajian kerana jumlah pantun
               yang disiarkan melalui hantaran adalah lebih kurang sama jumlahnya bagi setiap bulan. Bagi tujuan kertas
               kerja  ini,  semua  16  buah  pantun  yang  disiarkan  pada  Ogos  2023  telah  dipilih  sebagai  sampel  kajian.
               Kesemua 16 buah pantun adalah diambil oleh pentadbir media sosial DBP dari koleksi penerbitan buku
               DBP sendiri iaitu Khazanah Pantun Melayu Riau (2007), Pantun Pak Nazel 2 (2015) dan Kurik Kundi Merah
               Saga (2005).










               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 439 -
   447   448   449   450   451   452   453   454   455   456   457