Page 447 - Proceedings Collega2023
P. 447

Thailand dan lebih ketara digunakan oleh warga Melayu yang lebih ramai mendiami bahagian Selatan
               Thailand.  Oleh  itu,  tidak  hairanlah  pantun  turut  dituturkan  dalam  pelbagai  dialek  mengikut  daerah
               geografinya. Fungsi pantun telah digunakan sama ada untuk bergembira, bersedih atau menyampaikan
               emosi secara kreatif. Begitulah pentingnya pantun dalam masyarakat Melayu sehingga orientalis seperti
               Wilkinson dan Winstedt (1961: 183) mengakui bahawa seseorang itu akan gagal memahami minda orang
               Melayu jika mereka tidak dapat memahami pantun yang disifatkan sebagai kanvas yang memaparkan
               pemikiran, kecanggihan dan estetika secara tidak langsung dalam rangkap pantun yang indah.

                       Jika genre sastera klasik Melayu yang lain seakan terpinggir daripada perhatian khalayak, hal yang
               demikian tidak berlaku kepada pantun. Ianya diangkat dan digunakan dalam konteks awam dan peribadi,
               rasmi atau tidak rasmi sehingga kini. Pantun digunakan dalam majlis merisik, bertunang, dan berkahwin
               jika kita melihatnya dalam ruang peribadi. Ianya diungkapkan dan disertakan dalam ucapan rasmi dalam
               majlis  organisasi  sehinggalah  kepada  ucapan  perbahasan  di  Parlimen  dan  acara  besar  negara.
               Sesungguhnya keupayaan pantun untuk kekal digunakan dalam bentuknya sejak lama dahulu berkait rapat
               dengan  fungsinya  yang  signifikan  sebagai  pernyataan  tradisi  orang  Melayu.  Elemen  kreativiti  dalam
               ungkapan pantun menyerlahkan nilai estetika bahasa yang menjadikan pantun sebagai rangkap indah
               berirama yang enak didengar dan ditulis. Selain itu, maksud pantun juga mempunyai nilai pemikiran yang
               boleh dikupas berteraskan kerangka komunikasi strategik.

                       Keupayaan  pantun  untuk  merentas  dasawarsa  peradaban  terbukti  apabila  ianya  kini  masih
               digunakan dalam pelbagai platform komunikasi digital. Pantun tidak hanya dituturkan seperti dahulu oleh
               para penggunanya tetapi diletakkan dan disesuaikan  dalam pelbagai wahana yang lebih interaktif. Blog,
               laman web dan aplikasi media sosial terus memanfaatkan pantun sama ada sebagai repositori ataupun
               dijadikan  kandungan  bagi  memenuhi  fungsi  komunikatif  pada  era  digital.  Ianya  telah  lama  digunakan
               dalam  iklan,  kempen  perhubungan  awam,  khidmat  pesanan  sosial,  skrip  drama  dan  filem.    Oleh  itu,
               makalah ini akan menganalisis pantun dalam hantaran pada ruang laman sosial Facebook dan aplikasi
               Telegram  milik  Dewan  Bahasa  dan  Pustaka  Malaysia  sebagai  kajian  kes  dalam  ruang  lingkup  elemen
               kreativiti dan pemikiran.

               Objektif Kajian


                       Kajian ini dilakukan untuk memenuhi objektif berikut:

                       1. Melakukan analisis elemen kreativiti dalam pantun yang dipaparkan dalam aplikasi Telegram
                       dan laman Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.

                       2. Melakukan analisis elemen pemikiran dalam pantun yang dipaparkan dalam aplikasi Telegram
                       dan laman Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.

               Skop dan Kewajaran Kajian

                       Kajian ini menumpukan kepada sampel pantun terpilih dalam tempoh sebulan yang dipaparkan
               dalam laman dan aplikasi sosial rasmi milik Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia. Sampel pantun ini
               boleh sahaja terdiri daripada pantun yang diwarisi dan diterbitkan dalam bentuk buku ataupun pantun
               baharu  yang  dicipta  oleh  para  pemantun  yang  menulis  kandungan  digital  bagi  organisasi  berkenaan.
               Laman  sosial  DBP  dipilih  kerana  ianya  konsisten  memaparkan  kandungan  yang  mempunyai  ungkapan
               pantun yang disiarkan dalam tempoh berkala untuk tatapan khalayaknya. Pantun-pantun itu juga telah


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 434 -
   442   443   444   445   446   447   448   449   450   451   452