Page 262 - Proceedings Collega2023
P. 262
dalam subjek bahasa Melayu dalam masa yang singkat. Yakni motivasi dan kecenderungan menunjukkan
kesan terhadap bahasa terdapat dua jenis yang berbeza, motivasi integratif merujuk kepada pelajar yang
mempelajari bahasa untuk tujuan berinteraksi, mendekati atau memahami komuniti. Manakala, motivasi
instrumen pula lebih kepada keinginan individu untuk memperolehi pengiktirafan sosial atau manfaat
ekonomi melalui pengetahuan bahasa asing.
Ciri penting seorang individu yang bermotivasi dapat dilihat menerusi matlamat masing-masing.
Tidak dinafikan bahawa ramai orang mempunyai matlamat, tetapi tidak dapat dicapai kerana ketiadaan
ciri-ciri yang membantu mereka mencapai matlamat tersebut. Alhaadi Ismail dan Norimah Zakaria (2019)
berpendapat bahawa faktor yang mendapat peratusan tertinggi ialah faktor pengajaran. Guru yang
merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti dalam bilik darjah merupakan faktor motivasi yang
menarik minat murid untuk terus mengikuti pembelajaran dalam bilik darjah. Seterusnya, kajian ini
mencadangkan agar kajian yang berikutnya perlu lebih berfokus sama ada terhadap faktor luaran atau
faktor dalaman sahaja.
Di dalam model Gardner Sosio-Pendidikan menyatakan kebolehan dan motivasi merupakan dua
faktor yang saling berkait rapat dengan pencapaian pelajar dalam mempelajari ilmu pengetahuan di
mana fenomena mengambil pengaruh seseorang pelajar mempelajari bahasa kedua. Justeru beliau
menunjukkan bahawa proses pemerolehan bahasa melibatkan hubungan yang saling mempengaruhi di
antara empat jenis pemboleh ubah iaitu ‘social milieu’, perbezaan individu, konteks pemerolehan bahasa
dan hasil (Gardner, Lalonde dan Moorcroft, 1985).
Urha (2015) di dalam model pengenalan gamification sebagai E-Learning untuk pendidikan tinggi,
memiliki elemen-elemen utama seperti, pengalaman pengguna, fasa pengembangan meliputi analisis,
perencanaan, pengembangan, implementasi dan evaluasi, mekanisme game, faktor-faktor permainan
dalam E-Learning dan efeknya terhadap mahasiswa. Pelbagai medium pentaksiran dalam talian yang
boleh diketengahkan seperti Socrative, GoFormative, Kahoot, Quizziz, Quizlet, Gimkit, Poll Everywhere
dan EdPuzzle yang mana ianya juga boleh dicapai di laman sesawang UNESCO. Tidak dinafikan bahawa
tindakan memotivasi, mempromosikan pembelajaran dan menyelesaikan masalah memberikan
rangsangan untuk menjamin para pendidik mengikuti kegiatan secara lengkap.
Mengajar bahasa Melayu kepada penutur asing merupakan satu cabaran yang lebih berat
daripada mengajar bahasa Melayu kepada penutur bahasa ibunda atau penutur bahasa kedua seperti di
Malaysia. Hal ini demikian kerana pengajar bahasa Melayu perlu mengetahui sedikit sebanyak maklumat
kontrastif antara bahasa Melayu dengan bahasa ibunda pelajar untuk memudahkan kefahaman pelajar
asing. Pengajar yang berkesan dalam program pengajaran bahasa Melayu kepada penutur asing ialah
pengajar yang bersedia memahami latar sosiobudaya, sistem nilai dan sistem bahasa ibunda pelajarnya
(Awang Sariyan, 2014).
Menurut Kartini Wado, Zulkifley Hamid, Pareeda Hayeeteh dan Suhaila Binsama-ae (2015)
mengatakan wujudnya pengaruh DMP dalam pengajaran guru-guru bahasa Melayu di dalam bilik darjah
dalam Wilayah Patani di Selatan Thailand. Terutama pengaruh dari segi perubahan bunyi penyebutan
kata. Pengaruh dari segi perubahan bunyi penyebutan kata dapat dibahagikan kepada dua aspek iaitu
perubahan bunyi fonem vokal di akhir kata dan perubahan bunyi fonem konsonan sama ada di tengah
kata atau di akhir kata.
Metodologi
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 249 -

