Page 261 - Proceedings Collega2023
P. 261
Hal ini menjadi salah satu permasalahan penting yang harus diperhatikan di mana pelajar hilang
ruang melakukan hubungan yang baik melalui bahasa dialek. Ia menunjukkan sikap mengambil berat
ilmu baru bidang bahasa. Pada masa yang sama, ia adalah gaya mempertahankan gambaran tentang
keadaan saling hormat menghormati nilai bahasa khususnya dalam kegiatan pembelajaran. Bagi
pembelajaran secara interaktif menjadi pilihan yang mempunyai rangkaian teknologi bersesuaian dengan
pelajar generasi abad kini. Aplikasi interaktif dalam talian yang digunakan dalam pembelajaran terjawab
dengan adanya pendekatan yang menerapkan kebudayaan inovasi yang menjadikan pengajaran lebih
berkesan dapat meningkatkan kualiti penuntut. Menurut Aliza dan Zamri (2015) kemahiran terutamanya
dalam melakukan pengajaran dan pembelajaran dalam suasana pembelajaran yang berpusatkan murid.
Pendekatan belajar sambil bermain menyeronokkan juga menunjukkan pelajar lebih mudah untuk
menguasai isi pembelajaran, disamping meningkatkan motivasi dan membantu penyampaian isi
pembelajaran dengan lebih berkesan.
Secara keseluruhan, pengkaji berminat untuk mengkaji faktor pengajaran dan motivasi pelajar
medic yang mempelajari DMP sebagai bahasa pilihan.
Objektif Kajian
Objektif kajian yang dijalankan ini adalah
1. Mengenal pasti faktor yang mempengaruhi untuk pengajaran Dialek Melayu Patani bagi pelajar
medic tahun 1, Princess of Naradhiwas University.
2. Menganalisis faktor dominan dalam motivasi berdasarkan pembelajaran Dialek Melayu Patani
bagi pelajar medic tahun 1, Princess of Naradhiwas University.
Sorotan Literatur
Dalam pelaksanaan ini, kompetensi dan kemahiran bagi seseorang pelajar berhubung kait
dengan penguasaan bahasa yang baik juga. Jelaslah penting untuk meraih ilmu. Hal ini kerana situasi
kedudukan bahasa dalam kalangan pelajar yang bukan penutur jati DMP terutamanya pelajar Thai berasa
tidak mengendahkan bahasa DMP sebagai bahasa yang penting di tempat ini. Kejadian ini berlaku kerana
mereka tidak teruja dan tidak merasakan penting pada diri mereka serta penggunaannya sekadar lingkup
yang terbatas di beberapa kawasan sahaja dan menganggap DMP berkomunikasi dalam suasana yang
tidak rasmi. Dipautkan dengan perasaan kejadian semasa sebagai bahasa kasar dan memandang DMP
tidak perlu dikuasai dalam kehidupan. Jika memperlihatkan peranan dialek dalam kajian Nuradlin Syafini
Nawi dan Zaleha Embong (2021) mengatakan dialek adalah sesuatu warisan yang berharga. Dialek itu
bahasa asal yang menentukan identiti asal usul sesuatu kaum yang sepatutnya tidak boleh diabaikan. Ibu
bapa dan guru boleh mendidik anak-anak menggunakan bahasa rasmi dalam sesi pembelajaran tetapi
apabila berada di luar sana penggunaan dialek wajar bertutur. Prinsip penggunaan bahasa komunikasi
ialah bahasa perlu digunakan mengikut situasi. Oleh itu, impak pembelajaran DMP tidak dapat
menunjukkan kerana biarpun mereka tidak boleh komunikasi tidak akan timbul masalah.
Fa’izah et al (2009) punca kelemahan dan kegagalan pelajar ini disebabkan mereka tidak
mempunyai strategi pembelajaran bahasa berkesan yang dapat membantu mereka lulus dengan baik
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 248 -

